Entry: TITIPKAN AKU BAHAGIA - Siti Rozilah Wednesday, June 27, 2007



'Senyuman ini untuk siapa? Duka itu milik siapa? Aku tidak pernah mahu tahu kerana hati ini sudah lama tidak punya rasa...'

Hidup Syakila pernah ditabiri warna kusam. Amat kontras warna-warna kehidupan yang pernah diloreknya. Namun bayangan silam kerap mengitari dan memerangkap. Nama lelaki telah dipadamkan dari mata hatinya, namun mengapa lelaki juga yang kerap mengejarnya? Dia telah berlari menjauhi lelaki. Dia ingin mencipta bahagianya sendiri bersama teman-teman, namun mengapa sering kali gagal? Kerana lelaki, dia dibenci dan didendami oleh sahabatnya sendiri...


Siti Rozilah merupakan salah satu novelis kegemaranku. Novelnya kali ini juga menyentuh hatiku. Penyampaian jalan ceritanya menunjukkan kematangan penulis dan juga pengalamannya dalam menghasilkan beberapa karya sebelum ini. Tahniah!

Secara peribadi, watak Syakila itu benar-benar meninggalkan kesan pada diriku... (dalam perspektif positifnya). Sikapnya yang tabah, kental dan berpegang teguh pada pendiriannya itu akhirnya memberikannya satu jalur sinar yang indah yang akan melunturkan warna-warna kusam yang pernah mewarnainya kehidupan lampaunya.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments