|
Hati Seorang Perempuan… Yang bernama Intan Samad, yang terpaksa mengharungi hidup penuh ranjau. Mentelah dia dipandang hina oleh penduduk kampong Pulau Ubin. Mereka menjangkakan dia anak luar nikah. Dia yang begitu dahagakan kasih sayang semakin diuji apabila terpaksa berkahwin dengan seorang pemuda dari tanah besar akibat salah faham. Maka dari kehidupan kampong dia terpaksa mengikut suami dan hidup di Jiwa Seorang Lelaki… Yang bernama Assad Effendi, seorang doktor muda yang sekeras batu. Apabila takdir menentukan dia ditangkap basah dan terpaksa berkahwin dengan seorang gadis kampong, jiwanya semakin memberontak. Apatah lagi luka lamanya masih berdarah. Lantaran sebagai membalas dendam dia memandang Intan lebih sebagai orang gaji dari seorang isteri. Namun apabila mendapati isterinya cukup tabah menghadapi apa sahaja tekanan yang diberikan, dia berasa kagum juga. Mentelah apabila melibatkan Intan mencurahkan kasih sayang keibuan kepada anaknya tanpa batasan. Justeru dalam diam-diam perasaan cinta mula bercambah terhadap isterinya, walaupun dia Dua Insan Yang Diuji… Jiwa dan raga agar menyedari bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk hidup bersama. Itupun setelah keduanya mengenepikan apa sahaja sengketa. Terutama sekali dari pihak Assad, kerana sikap keras hatinya akan membuat dia kehilangan isteri yang mula disayang. Lebih-lebih apabila kesabaran Intan akhirnya menipis lantaran dia mengambil sikap tegas dan melarikan diri. Apatah lagi Intan menjadi buruan orang-orang yang memiliki semacam agenda buruk. Kerana Intan ada menyimpan satu rahsia yang cukup berharga tanpa disedarinya sendiri…
Akhirnya aku berjaya juga memiliki novel ini setelah sekian lama aku mencarinya. Tetapi aku hanya mendapat naskah terbitan terbaru (2007). Walaupun harganya menyamai harga novel-novel English yang pernah aku beli, namun berbaloi memilikinya. Sinopsis di belakang novel tersebut sedikit sebanyak telah menceritakan jalan cerita novel ini. Aku kagum dengan kecekalan dan ketabahan Intan menempuhi segala ranjau duri sehinggalah dia berjaya menemui titik akhirnya penderitaan yang dihadapinya dan seterusnya mengecapi kebahagiaan bersama insan-insan yang tersayang. |
| MamaErra June 28, 2007 08:05 AM PDT ha'ah.. nama kedai tu x pasti tp ianya terletak di tengah, sebaris dengan restoran shareezma sri gombak fasa 3 berdekatan dengan pet shop | ||
| nor jihan June 27, 2007 05:47 PM PDT salam..akak betul ke buku ni ada kat pustaka nasional...dah lama saya cari buku ni... | ||
| MamaErra June 26, 2007 07:29 AM PDT Novel ini terbitan Pustaka Nasional. Novel-novel terbitan PN boleh dibeli di cawangan PN di Sri Gombak. | ||
| arirada June 24, 2007 10:06 PM PDT salam, akak, buku ni terbian sykt mana? ka kedai mana bleh dpt? dah lama teringin nak baca, tp xjumpa lg setakat ni... | ||
| Leave a Comment: |