|
Sinopsis belakang novel: Kau sememangnya cantik, Lin. Kau mampu menggegarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga… Kau punya segalanya – kerjaya, cita-cita, impian. Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra moden yang berkuasa dan digilai oleh ramai lelaki. Semua lelaki tunduk di bawah telapak kakimu. Namun kau tidak tahu yang aku juga tahu bahawa kau sudah muak dengan semua daki dunia ini. Walaupun zahirmu kaya namun jiwamu kontang. Kau kekeringan kasih saying yang tak mampu kau miliki dengan kekayaan yang kau punyai. Kau mampu membeli lelaki dan dunianya namun kau gagal membeli sekeping hati suci milik lelaki yang hanya perlukanmu tika kehausan sahaja… Kau perempuan yang paling
Novel pracetak karya terbaru Abdul Rahim Awang ini aku beli semasa di Pesta Buku 2007 tempoh hari. Aku telah mengenetepikan novel-novel yang lain untuk membaca novel ini. Bukannya apa, aku sememangnya suka membaca hasil karya beliau. Novelnya kali ini mempunyai empat fragmen - Azlin, ?, Farouk dan Suhaila. Penulis menggunakan Azlin sebagai watak utama, di samping memuatkan pelbagai kisah di dalam penulisannya antaranya perlacuran, sugar daddy, kecurangan, nafsu, seks, GRO, penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkedudukan dan berpangkat serta bagaimana pihak polis mengendalikan sesuatu kes. Secara keseluruhannya, karya terbaru Abdul Rahim ini memang tidak mengecewakan dan pada aku, novel-novel beliau telah banyak memberi aku pengajaran tentang kehidupan. Tak rugi untuk dijadikan koleksi. |
| Leave a Comment: |