Entry: TANAH ANDRIYANA - Noor Suraya Tuesday, June 05, 2007





Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.


Persengketaan dua keluarga ekoran dari perkahwinan di antara Raden Andriyana dan Ku Ahmad Fitri yang masih berpanjangan sehingga ke hari ini telah memaksa Hadi dan Aliya untuk menidakkan perasaan cinta dan kasih di antara mereka. Tapi mengapa mesti mereka yang menjadi mangsa? Apakah yang sebenarnya berlaku dan berjayakah Hadi dan Aliya merungkaikan apa yang tersirat dan sekali gus  menyatukan semula dua keluarga itu?

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kuasa Allah siapa yang tahu.

p/s Kalau Kak Su yang menulis novel tu, aku mesti suka dan jalan ceritanya pasti 'best' serta berbaloi untuk dijadikan koleksi

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments