|
Walaupun tanpa rela, Suraya bertunang dengan Razak kerana ingin membalas budi yang ditabur oleh Pak Longnya ke atas keluarga dia selama ini. Walaupun sudah menjadi tunangan orang, Suraya masih mahu menyambung pengajiannya di universiti. Di situlah dia bertemu dengan Zafran, walaupun Suraya telah mula menyukai lelaki itu tetapi kerana sedar akan status diri, perasaan itu dipendamnya di dalam hati. Razak, takut tunangnya beralih arah maka dia telah merencanakan 'sesuatu' agar dia dapat segera mengahwini Suraya tetapi rancangannya itu gagal dan akhirnya pertunangan mereka terputus. Suraya mula menyulam kasih dengan Zafran tetapi telah menimbulkan rasa irihati pada Netti. Zafran terpedaya dengan fitnah yang telah Netti tabur ke atas Suraya dan memutuskan hubungan dengan gadis itu. Kesihatan ibunya yang membuatkan Suraya perlu menagguhkan pengajiannya. Atas permintaan ibunya, Suraya bersetuju untuk menyambung ikatan pertunangannya dengan Razak. Setelah ibunya meninggal dunia, Suraya tinggal sendirian di kampung sementara menunggu semester baru bermula kerana adiknya telah pun pindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama keluarga angkatnya, Muzammil dan Tuan Syad. Razak tetap tidak berputus asa dan dia tidak mahu Suraya jatuh ke tangan orang lain. Akibat peristiwa tangkap basah itu, Suraya bernikah dengan Razak dan menetap di Melaka. Melihat layanan Razak yang betul-betul mengasihinya, Suraya telah mula menyayangi lelaki itu. Namun jodoh mereka tidak panjang kerana Razak telah dibunuh oleh Ah Long. Dugaan Suraya tidak habis di situ saja. Suraya berhasrat untuk menyambung semula pengajiannya. Sesampai di Kuala Lumpur dengan hasrat untuk menumpang seketika di rumah keluarga angkat adiknya, di sanalah dia bertemu semula dengan bapanya. Dalam masa yang sama dia bertemu semula dengan Zafran dan Zafranlah yang telah membantunya. Kerana iri hati kepada kembarnya itu, Zafrul cuba meracuni fikiran Suraya agar dia membenci Zafran dan menjauhi lelaki itu. Dapatkah Suraya menerima semula bapa yang telah meninggalkan dia sekeluarga hidup dalam kedaifan, sedangkan bapanya itu hidup senang lenang? Bagaimana pula kesudahan hubungannya dengan Zafran? p/s walaupun ceritanya biasa saja tapi cara pengolahannya yang membuatkan ianya menarik dibaca... |
| Leave a Comment: |