|
"Mia anakku…kau tidak boleh selamanya merindui sesuatu yang dah tiada. Kau harus melangkah ke depan, melihat ke depan kerana di depan saja kau boleh mencari dan mendapatkan kebahagiaan. Tak ada kebahagiaan pada kenangan. Yang ada cuma kepedihan!" Novel
kedua JN aku baca selepas Sempadan Tanpa Seri. Jalan cerita yang bagus.
Membaca kisah cinta Lara Mia dan Edri mengingatkan aku akan kisah Uda
dan Dara, Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet. Aku kagum dengan
kesetiaan cinta Lara Mia terhadap Edri. Hatinya lansung tidak terbuka
untuk Victor Adam, walau pun telah berkali-kali lelaki
itu bersumpah dan berjanji yang dia sanggup berbuat apa
saja asalkan Lara Mia bahagia. "...Kadang-kadang
apa yang kita sangka cinta adalah air mata yang berkilau dengan
keindahan. Tapi tak lebih daripada kepedihan hakiki..." Bernaung
di bawah payung Mercy Manchester, Lara Mia menjejaki bumi
Pakistan bersama rakan-rakan termasuk
Victor dan terselit harapan yang dia akan bertemu arjuna
hatinya di sana. "...hidup
adalah kesengsaraan yang harus kita tempuh, walau suka atau tak.
Walaupun kadang-kadang kita menafikan dengan mengatakan bahawa kita
bahagia... kita masih lagi tidak punya kebahagiaan yang sempurna." Tinggalan
jejak dan bayangan Edri dapat dirasai... tapi ke mana hilangnya si dia?
Mengenali Salimullah dan Fatimah membuatkan Lara Mia semakin hampir
kepada kekasih hati. Tetapi mengapa masih belum ditemui lelaki
itu? Pertemuannya dengan Babar Yusofzai menambahkan lagi sengsara di
hati. Satu-persatu pengorbanan perlu dilakukan demi si arjuna... dengan
Ona perasaannya dikongsi bersama. Kehadiran
Zubeidah telah membongkar segala rahsia yang tersimpan...
Walaupun begitu, Pelabuhan Dover masih setia di situ... menjadi
saksi dan menjawab semua persoalan si Cinderella Cinta.... Hhmmm...
aku suka jalan ceritanya. Seronok juga baca hasil karya penulis lelaki
ni, ada kelainan. Payah sebenarnya bagi mereka untuk menyelami dan
menghayati perasaan wanita, melainkan mereka telah membuat 'research'
dan 'homework' yang mencukupi sebelum ianya diungkap kepada
perkataan-perkataan. Kalau boleh aku pun nak jadi macam Lara Mia tu...
tabah dan cekal demi cinta (boleh ke aku ni?) Syabas JN! Sudah
semestinya novel ini menjadi salah satu koleksiku. Tak sabar nak tunggu
kelahiran Garis-Garis Deja Vu pula tapi sebelum tu kena cari
masa pula nak baca Tunjukkan Aku Satu Bintang (tahun lepas novel tu dibeli tapi belum lagi sampai 'queue' untuk membaca novel tersebut... hehehe...) |
| Leave a Comment: |