Entry: HATI YANG TERLUKA - Rafizah Nordin Monday, May 28, 2007



 

Satu lagi kisah yang biasa berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini. Walaupun biasa dengar, namun kesabaran dan kecekalan individu yang terlibat dalam kancah masyarakat ini kadangkala membuatkan aku sedar bahawa tidak mudah sebenarnya untuk menangani masalah-masalah yang kita lihat remeh pada mata kasar kita itu. Dari novel ini, aku begitu kagum dengan kecekalan dan kesabaran Adibah dalam melayari hidup sebagai saudara baru, disisih oleh abang kandung sendiri dan dalam masa yang sama melayani karenah Izman yang telah berbalik kepada perangai lamanya walaupun telah berjanji untuk berubah sebelum mengahwini Adibah. Pada zahirnya, hati Adibah telah terluka dengan segala tindak tanduk Izman terhadapnya, demi anak dan rumahtangga Adibah sanggup mengenepikan perasaan itu dan membina semula kebahagiaan bersama suami tersayang.  

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments