|
Andainya cinta itu segala-galanya, benarkah ia membawa bahagia?
Surindah tidak terkecuali dari umpatan dan hasad dengki dari masyarakat sekeliling terutamanya emak saudara dan sepupu sendiri. Akibat fitnah, Surindah terpaksa menikahi Johan walaupun dia telah mengikat janji bersama Ikmal dan berpindah ke bandar bersama adik-adiknya. Johan terlalu menyayangi Surindah dan perkahwinannya terpaksa dirahsiakan kerana sedari awal lagi ibunya telah merancang untuk menjodohkan dia dengan Ayuni. Siapakah Ayuni? Berjayakan Johan mempertahankan kasih sayangnya pada Surindah? |
| Leave a Comment: |