Entry: KHAILEE - Abd Talib Hassan Friday, May 11, 2007



Baginya Khailee teraniaya. Seorang insan yang suatu ketika dahulu memiliki harapan dan cita-cita murni, hilang dan musnah dalam percaturan manusia.

Khailee dan Khadijah pernah sama-sama menyemai cinta. Walaupun begitu cinta mereka terputus sebaik saja Khadijah dinikahkan dengan Rizal dan pada hari bahagia Khadijah, Khailee menghilangkan diri. Setelah lebih 20 tahun berlalu, Khailee kembali semula ke kampung halamannya dengan hasrat untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Kehadiran Khailee telah menimbulkan kegusaran di hati Khadijah. Dia merasakan kepulangan Khailee itu adalah untuk menagih janji-janji kasih mereka yang lalu.

Sementara itu Faridah, adik Khadijah cuba mencari cerita masa lampau Khailee dari orang-orang yang pernah mengenali sepupunya itu dan tanpa menyedarinya, Faridah telah jatuh hati kepada pemuda malang itu.

Dalam meniti hari-hari terakhirnya, Khailee diberitahu oleh Pak Anda bahawa dia hanya anak angkat. Keadaan Khailee semakin nazak, sempatkah dia tahu siapa ibunya yang sebenar dan berjumpa dengan ibunya itu?

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments