|
Dia dihukum di atas 'kesalahan' yang dia sendiri tidak tahu apakah benar dia yang melakukannya dan kerana 'kesalahannya' itu dia menyimpan dendam kepada ayahnya sendiri. Sebaik saja neneknya pergi menyahut panggilan Ilahi, Nur Asyidah terpaksa pulang semula ke pangkuan ayahnya di
Ikmal Razif yang telah bertunang dengan Norliza, telah jatuh hati kepada Nur Asyidah dan sanggup untuk memutuskan pertunangan demi kasihnya kepada gadis itu. Nur Asyidah rasa tersepit di antara keluarga dan kekasih hati. Berjayakah mereka bersatu? Apa pula yang terjadi kepada Norliza?
Datuk Ariffin pula, ingin menebus kesalahannya terhadap Nur Asyidah dengan menikahi semula bekas isterinya itu tanpa pengetahuan Datin Rohani. Bagaimanakah penerimaan Nur Asyidah dan Datin Rohani apabila mengetahui tindakan lelaki itu?
Aku suka dengan penyampaian jalan cerita novel ini. Walaupun perkara begini biasa terjadi dalam masyarakat kini tetapi kadang kala, kita tidak tahu bagaimana kesudahan ceritanya. Mungkin apa yang dinyatakan oleh penulis adalah cerita benar hasil dari pengalaman sendiri atau pun 'research' yang telah dilakukannya. Sedikit sebanyak melalui novel ini aku pelajari bagaimana untuk menangani masalah-masalah yang diketengahkan oleh penulis dalam novelnya ini. Syabas NAB! Jangan lupakan aku di sini semasa kelahiran novelmu yang seterusnya ok? |
| nor ash burn May 22, 2007 01:40 PM PDT MamaErra.. terima kasih kerana sudi mengulas HATI SEORANG WANITA dn menyukainya! | ||
| Leave a Comment: |