Entry: SETULUS SETIA SEINDAH NAMA - Siti Hazneza Abdul Hamid Wednesday, May 09, 2007



"Rasulullah itu qudwatun hasanah, model terbaik. Maka sistem setia bagindalah yang paling baik. Betapa setia pada Khadijah, tidak ada mana-mana isteri baginda yang mampu mencapai tahta Khadijah dalam hati Rasulullah. Tidak juga Aisyah isteri Rasulullah yang dicintai oleh baginda. Rasulullah setia pada semua isteri baginda, mengasihi setiap seorang dengan nilai masing-masing."

 

Nazneen Ilyasa', nama yang sungguh indah didengar. Ketika membaca novel ini, aku dapat membayangkan bagaimana cantiknya dia dan juga peradabannya. Dia setia pada cinta pertama. Syarat-syarat yang ditetapkannya dalam menerima seorang lelaki sebagai suami secara tidak lansung kelihatan seperti dia menanti cinta Alif akan datang untuk kali kedua. Alif yang setia kepada Rafiqah, seperti setianya Rasulullah kepada Siti Khadijah. Bagaimana terjadinya pertemuan antara Alif dan Nazneen?

 

Atas permintaan Hakeem, Bushra iaitu pemilik Agensi Jodoh cuba untuk  mengenali Nazneen dan dan keluarganya dan dalam diam kasihnya pada gadis itu mula bercambah. Bagaimna pula kesudahan perhubungan Bushra dengan Zasha dan dapatkah keluarga Bushra menerima kekasihnya itu?

 


Sejak kebelakangan ini aku tertarik untuk membaca novel-novel karya Siti Hazneza dan ini mungkin kerana unsur-unsur keIslaman yang diterapkan di dalam penulisannya itu. Jalan cerita yang dipaparkan juga agak berbeza dari biasa.

 

p/s saiz novelnya yang agak berbeza dari biasa yang membuatkan aku rasa payah sedikit untuk membariskan novel ini bersama koleksi novel yang ada di rak buku di rumahku.

   2 comments

MamaErra
May 30, 2007   01:57 PM PDT
 
ye la ieyja... kita terpaksa letak novel ni kat tepi skali kat rak buku kita tu...
ieyja
May 11, 2007   02:33 PM PDT
 
Assalamualaikum MamaErra.

novel terbaru Siti Hazneeza ni memang lain dari yang lain. tetapi rasanya tak rugi untuk di buat koleksi

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments