|
Dalam perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dengan Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumahtangga yang dibina bagai retak menanti belah. Hadirnya Dena menggongcang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena untuk mengejar cintanya. Tehimpit dengan beban perasaan yang semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami ialah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dengan hasrat mahu mengubah benci kepada cinta. Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yang lara ke perantauan bersama dendam. Masa yang berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sebagai Amani yang sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yang masih luka diketuk oleh cinta Zeek yang hadir tanpa diduga. Dalam dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf. Siapakah di hati Amani? Adakah dia menerima cinta Zeek dengan redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam? Kerana dia cinta…membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri. |
| Leave a Comment: |