|
Memang sudah menjadi kegemaran Danielle Steel memaparkan kisah-kisah percintaan pasangan bercinta atau kehidupan suami isteri dan diselitkan bersama dengan permasalahan semasa yang sentiasa membelengu dalam perhubungan mereka. Jika berkesempatan, memang aku tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca novel beliau. Kali ini Danielle menjadikan penyakit barah sebagai intipati dalam novelnya kali ini. Kesibukan mengejar kerjaya masing-masing telah membuatkan Alexandara dan Samuel tidak berhasrat untuk mempunyai anak kerana pada mereka, tanpa anak kehidupan mereka tetap bahagia. Walaupun begitu, dengan kehadiran Annabelle mereka begitu teruja untuk mempunyai anak lebih ramai anak. Semasa menjalani pelbagai kaedah untuk mendapatkan anak, mereka dikejutkan dengan berita Alexandra mengidap barah payu dara. Pada mulanya, Alexandra tidak dapat menerima kenyataan tersebut namun dia akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan. Tetapi tidak pada Samuel, peristiwa ibunya yang meninggal akibat kanser telah membuatkan dia takut untuk mendekati Alexandra, dan membiarkan Alex mengharunginya sendirian. Dalam masa yang sama, Samuel sedang hanyut bersama cinta Daphne. Kelekaan Samuel sekali gus telah memusnahkan kerjayanya. Setelah apa yang Samuel lakukan kepada Alexandra, mahukah dia menjadi pembela Samuel dalam menghadapi tuduhan-tuduhan salah laku dalam perniagaannya di mahkamah? |
| Leave a Comment: |