Entry: SURAT UNGU UNTUK NUHA - Noor Suraya Friday, April 27, 2007



Ku kikis sisa wajah dia

Yang melakat di jantung

Ku cuba siram benih kasihmu

Yang menyapa di hati

Tetapi seperti padi-padi itu

Aku tidak pernah tahu

Bila rasa sayang itu kian bercambah

Jika kita pernah sama-sama menanam

Dan membajainya

Pulanglah…

Kalau kau rasakan cinta itu ada saktinya

 

Kecewa kerana cintanya tidak bersambut telah membawa diri Nuha ke utara tanah air. Peristiwa tertumpahnya kopi panas di dalam keretapi itu rupa-rupanya telah membawa kepada kisah cinta penuh rahsia di antara Nuha dan Alang. Perasaan benci Nuha semakin mendalam apabila mengetahui Alanglah yang memperkenalkan Engku Faizal dengan isterinya sekarang. Persengketaan mereka berterusan sehinggalah Alang ditimpa musibah sehingga hilang penglihatan. Pendirian Nuha berubah. Dia bersetuju untuk belajar Al-Quran dan dalam masa yang sama dia menggalakkan Alang untuk belajar membaca huruf braille. Perasaan salah faham di antara mereka telah membuat Alang membawa diri ke Australia dengan alasan untuk menunggu penderma mata untuk dirinya. Apakah Alang berjaya untuk mendapat mata barunya dan dapatkah dia merebut cinta Nuha?
 


Kelahiran novel ini memang dinanti-nantikan oleh semua peminat Kak Su termasuklah diriku sendiri. Bukannya apa, aku tak sabar-sabar untuk membaca dari mula hingga ke akhirnya cerita SUUN ini. Maklum sajalah kan, aku ni bukan ada banyak masa untuk mengikuti e-novel bersiri ni...  Apa yang menyedihkan lagi, saat-saat akhir aku tidak dapat menghadiri majlis perlancarannya yang berlansung pada awal April yang lalu. Apa-apa pun, aku enjoy membaca novel ini. Memang berbaloi memilikinya. Tahniah Kak Su!

   1 comments

ieyja
May 11, 2007   02:37 PM PDT
 
A`kum,

ieyja suka pada bahasa yang bersahaja. dan suka pada puisi alang kepada Nuha..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments