|
"Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berbeza..."
Kesinambungan dari novel Bagaikan Puteri, RAM masih mengekalkan suasana dua zaman yang bebeza. Begitu juga dengan adegan-adegan persilatan, ilmu agama dan juga unsur-unsur paranormal. Di zaman penghujung kurun ke-15, Ratu Sulaman cuba untuk menakluki Acheh dalam memperluaskan empayar pemerintahan Maharani di Pulau Utara. Semasa pertempurannya dengan Laksamana Suna, Ratu Sulaman sudah mula terpaut dengan keampuan ilmu mempertahan diri lelaki itu. Walaupun dia berjaya menumpaskan Laksamana Sunan dan meninggalkan Acheh, namun dengan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh lelaki itu telah membuatkan Ratu Sulaman berpatah balik ke Tanah Rencong dengan tujuan untuk mempelajari ilmu yang dimiliki oleh Laksamana Sunan. Dia sanggup untuk merendahkan dirinya sebagai insan biasa dengan menggunakan nama asalnya, Ratna sebaik saja dia memeluk agama Islam dan sekali gus menjadi isteri Laksamana yang terbilang itu. Apakah Maharani boleh berdiam diri bila mendengar berita tersebut? Berjayakah Laksamana Sunan melindungi isterinya? Cinta Sang Ratu Laksana langit mencengkam purnama Dalam zaman masa kini, Haryani terpanggil untuk pergi ke Medan dengan hasrat dia dapat membawa Dani pulang ke Malaysia sehinggakan dia terjebak ke alam sumpahan keturunan Menggala. Saat nyawanya berada di hujung tanduk, kehadiran Pak Mustakim, Saliha dan Dani telah menyelamatkannya dari menjadi mangsa korban yang ke-100 demi menghidupkan semula baka asal Menggala. Pelbagai insiden berlaku dan begitu mendebarkan. Berjayakah Dani dan Haryani melepaskan diri dan pulang ke Malaysia? Selesai saja membaca novel ini, aku membuat satu kesimpulan - setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan dapat mengatasi segala kejahatan di dunia ini. Inilah elemen yang paling penting yang patut ditanam di dalam diri kita dalam mengharungi liku-liku hidup di akhir zaman ini. InsyaAllah.....
"Apabila bertindak, ikut firasat, bergeraklah seperti seekor ular yang menyurus belukar. Perlahan tapi berhati-hati. Melawan ketika disergah. Menghindar musuh dari terserempak tatkala tiada kemampuan. Bangkit menyembur bisa untuk melumpuh lawan." |
| Leave a Comment: |