Entry: BAGAIKAN PUTERI - Ramlee Awang Murshid Thursday, April 19, 2007



Semenjak membaca Rahsia Perindu dan Hatiku di Harajuku, aku terpanggil untuk membaca novel-novel karya RAM yang seterusnya.

Sekali lagi RAM memberikan satu kelainan di dalam novelnya kali ini. Beliau mengajak pembaca meneroka ke dua alam yang berbeza melalui watak Haryani iaitu ketika dia terlantar koma di hospital. Jasadnya berada di dunia masa kini manakala rohnya berada di zaman penghujung kurun ke-15. Di zaman itulah Haryani bertemu dengan Laksamana Sunan yang terkenal di Acheh, lalu jatuh hati kepada lelaki tersebut. Dalam masa yang sama dia juga berkesempatan mengenali pahlawan-pahlawan Melayu di era Kesultanan Melayu Melaka. 

Jalan cerita menjadi lebih menarik dengan kebolehan RAM menyelitkan adegan-adegan persilatan, ilmu agama Islam dan juga unsur-unsur paranormal. Banyak perkara baru yang aku pelajari dari novel ini. Apakah kesudahan hubungan Haryani dan Laksamana Sunan? Apakah roh Haryani dapat kembali ke zaman dia yang asalnya? Berjayakah Dani memujuk Haryani? Terselamatkan Dani di Acheh ketika tsunami melanda daerah itu?

p/s berbaloi untuk dijadikan koleksi...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments