Entry: MURNI KASIH - Norhayati Berahim Friday, April 06, 2007



Sinopsis Novel:

MURNI KASIH punya dua orang sahabat karib yang dikenali sedari zaman kanak-kanak di kampungnya. Kebaikan dan keakraban DINO terhadap Murni selalu disalaherti oleh OJAN yang membuatkan dia sentiasa berprasangka tidak baik kepada lelaki itu kerana dia memang menyukai gadis itu sejak kecil lagi. Walaupun begitu perasaannya itu dipendam kerana emaknya, Makcik Timah Getok memang memusuhi Murni dan bapanya, Pak Kassim.

Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman bekerja dengan Sariah, Murni berhasrat untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan caregiver dan juga membuka rumah persaraan sebaik saja pulang dari melanjutkan pelajaran di Kanada. Di sinilah bermulanya dia mengenali ayah Sariah dan Loqman Aqeem. Kelebihan yang ada pada Murni juga telah membantu kekasih Dino, JULIE  berbaik semula dengan bapanya dan sekaligus menjadi akrab dengan ahli keluarga TAN SRI KHONG.

Ojan tidak dapat lagi memendam perasaannya lalu dia meluahkan segalanya kepada Murni. Murni keliru. Reaksi dingin dari Murni telah mendorong Ojan untuk menyepikan diri. Lebih-lebih lagi apabila ibunya sendiri menentang hasrat hatinya itu. Dalam kekeliruan hati Murni, apakah dia sebenarnya menyayangi Ojan? Kenapa dia rasa tidak keruan apabila ketiadaan Ojan?


Sudah jadi kebiasaan bila nampak saja novel baru NB di pasaran, tanpa berfikir panjang aku terus saja membelinya untuk menambah koleksi. Agak menarik juga novel NB kali ini. Berkisarkan persahabatan, kekeluargaan dan juga perasaan kasih dan sayang sesama insan tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan.

Aku rasa amat tersentuh ketika membaca part kata-kata Murni semasa dia menyerahkan bungkusan kepada Puan Sri Jane sebelum dia berlepas untuk mengerjakan umrah dan juga ketika Puan Sri Jane membuka bungkusan tersebut di dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang.... syahdu rasanya. Aku juga dapat belajar sesuatu tentang caregiver. Andaikata aku berkemampuan, mungkin aku juga akan menjadi salah seorang yang menggunakan perkhidmatan begini.... hehehe... Walaupun begitu,  Hati Yang Tercalar tetap segar di ingatan. Syabas NB.

   1 comments

ieyja
May 11, 2007   02:47 PM PDT
 
A`kum..

Banyak info boleh didapati dari novel terbaru NB ni.

yang paling ieyja suka karya NB ni selalunya akan menggambarkan watak seorang wanita yang cekal dan kuat semangat, mempunyai semangat jati diri yang tinggi....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments