Entry: RELEVANKAH AKU DI HATIMU? - Rynsa Friday, March 30, 2007



RADHA merakamkan kisah tiga sekawan, Nurul Akashah, Carl Duke Adam (Kaduk) dan Mohd Ammar dari zaman persekolahan hinggalah ke alam dewasa. Apabila timbul soal hati dan perasaan, masing-masing enggan meluahkannya demi menghormati ikatan persahabatan mereka bertiga dan dalam masa yang sama pelajaran lebih penting dari segalanya. Akashah cuba untuk berlaku adil kepada Kaduk dan Ammar memandangkan kedua-dua mereka baik kepadanya. Apakah penantian Akashah untuk bersama Kaduk berhasil? Apa pula jawapan yang diberikan Akashah kepada lamaran Ammar?


Walaupun telah lama aku memiliki novel ini, namun hanya baru-baru ni saja aku dapat membacanya. Itu pun setelah novel ini sampai semula ke tangan ku. Sebelum ini, novel ini telah bertukar tangan dari seorang adik ke seorang adik dan juga seorang kawan ke kawan yang lain. Namun begitu, aku berpuas hati kerana masing-masing memberikan ulasan yang baik terhadap novel ini. Kerana itu jugalah aku tidak membuang masa dengan mengenepikan dulu novel yang sedang aku baca dan terus membaca RADHA. Benar apa kata mereka. Walaupun jalan ceritanya biasa sahaja tapi cara penyampaiannya yang menarik membuatkan aku enjoy membacanya. Banyak perkara yang aku pelajari dari novel ini terutamanya cara pergaulan di antara muslimin dan muslimah. Penerapan nilai-nilai Islam di dalam novel ini amat berguna untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Berbaloi untuk memiliki RADHA yang setebal 489 halaman ini sebagai koleksi. InsyaAllah.....

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments