Entry: DEDALU DI HATI - Anita Aruszi Saturday, August 01, 2009





Sinopsis...
Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas-puas dia menatap wajah gadis itu. Wajah Aleya kelihatan comel dalam tidurnya. Mengingatkan peristiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang...

Irina memerhati gerak-geri Hadzril yang tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan wajah Hadzril. Dari kening lebat itu sehinggalah ke tulang pipi dan bibir Hadzril, segala-galanya cukup indah baginya. Wajah tampan itulah yang diinginkan menjadi pelindung dalam hidupnya. Dia ingin tua bersama Hadzril. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu. Itulah impiannya, itulah harapannya.

Ulasan...
Ini novel yang ke-3 hasil karya penulis ini telah aku baca. Aku suka dengan jalan ceritanya, gaya penulisan yang mudah dan senang difahami. Sepanjang pembacaan, macam-macam perasaan yang timbul di hati - geram, marah, sedih, bahagia, gembira, kasihan, dll. Baik baca dulu kalau nak tahu kesudahan konflik di antara Hadzril dengan Alyea dan Irina. Siapakah yang bakal menjadi suri hidupnya?

   5 comments

MamaErra
December 12, 2009   12:11 PM PST
 
insyaAllah... kalo dapat nanti i will let u know...
murni
December 8, 2009   04:11 PM PST
 
Mama erra boleh dapatkan saya satu tak? Saya nak sangat buku ni. Tolong ye...
Anita
November 12, 2009   10:59 PM PST
 
terima kasih kerana sudi membaca buku ni.. sy appreciate sgt..thnks
MamaErra
October 23, 2009   05:25 PM PDT
 
i boleh tolong carikan, tapi 2nd hand nyer... email me for further details...
ShalbySalbina
October 17, 2009   10:23 PM PDT
 
Mana saya boleh dapatkan novel ini?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments