Entry: AKU ADA KAMU - Lily Haslina Nasir Monday, October 26, 2009





Sinopsis...
Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yang lain. 

Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati. 

Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga... Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila.

Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.

Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.

Ulasan...

Sofi Aidura yang cantik, sentiasa lincah dan aktif membuatkan dia digilai oleh ramai lelaki di kampusnya. Dia akan melayan setiap ajakan mereka sehinggakan ada yang tidak senang dengan tabiatnya. Namun Hisham saja yang bertahta di hatinya. Hisham menjadi insan yang paling rapat untuk dikongsi kisah suka dan duka. Malah, Hisham sabar melayan karenah Sofi Aidura sejak kekasihnya, Jamal meninggal dunia dan abangnya, Hafiz yang berkahwin dengan wanita Jerman dan terus menetap di sana.

Hisham dan Sofi Aidura berkahwin juga. Perkahwinan mereka diduga dengan bermacam-macam insiden yang diselitkan dengan unsur-unsur mistik. Semuanya kerana gara-gara Sheila, rakan sepejabat Hisham yang meminatinya sehingga sanggup berbuat apa saja termasuk menggunakan ilmu hitam, asalkan Hisham jatuh ke tangannya. Dalam masa yang sama, ayah Sofi Aidura mempunyai 'saka' yang secara tidak lansung menjadi 'penjaga' keluarga mereka termasuklah Sofi Aidura. Kalau ada sesiapa yang membuat sesuatu kesilapan dan menimbulkan kemarahan Sofi Aidura, maka orang itu akan menerima balasan dari 'penjaga'nya. Seram gak dibuatnya... Kalau nak tahu apa yang berlaku, bacalah novel ni. Apakah hajat Sheila tercapai? Apa pula yang berlaku dengan perkahwinan Hisham dan Sofi Aidura? 

Novel ini punya kelainan dari novel-novel Lily yang terdahulu. Ianya menyelitkan unsur-unsur mistik, lucu dan romantis yang berjaya membuai perasaan aku tika membacanya, kerana itulah agaknya aku boleh menghabiskan pembacaanku  hanya dalam sehari jer.

p/s Maaf Lily kerana lewat membuat ulasan tentang novel ni, tidak seperti mana yang dijanjikan semasa kita bertemu di PBAKL hari tu. Kesibukan membuatkan aku asyik bertangguh-tangguh je walaupun aku sudah khatam membaca novel ini sehari sebelum kita berjumpa.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments