Entry: BIARLAH YM BERBICARA - Hani Ramsul Sunday, August 02, 2009





Sinopsis...
BANG KAMAL... Walaupun... segunung cinta yang kau hadiakan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...

ENCIK FIRDAUZ... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta mengapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...

CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sunggu aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjad suri di hatimu...

AKU... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagi pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...

Ulasan... 
YM atau Yahoo! Messenger menjadi perantaraan antara Adiya Fatiha @ 'Ugly Betty' bersama 'Charming'nya. Adiya Fatiha rasa bahagia berbual dengan Charming yang tak pernah diketahui nama dan rupa sebenar kawan mayanya itu. Perasaan bahagianya terganggu bila Abang Kamal hadir untuk menagih kasih darinya. Dalam masa yang sama, kelainan sikap ditunjukkan oleh bosnya, Encik Firdaus juga telah menimbulkan kekalutan di hati Adiya Fatiha. Seolah-olah lelaki itu juga ingin meraih cinta darinya. Siapakah yang akan dipilih oleh Adiya Fatiha? Bagaimana pula dengan 'Charming'nya, dapatkan dia mencari identiti kawan mayanya itu? Nak tahu jawapannya, mestilah kena baca novel ini kan?

Tak rugi tau... Baca tajuk je, sudah nampak ada kelainannya pada novel ini. Aku tak pernah lansung baca e-novelnya sebelum ini. Bila dengar komen dari rakan-rakan, teruja juga untuk membacanya. Aku pasti anda akan tersenyum sendirian kala membacanya, banyak fragmen-fragmen kelakar diselitkan dalam novel ini yang disampaikan dengan penggunaan bahasa santai dan mudah difahami... terutamanya golongan muda remaja. 

   2 comments

MamaErra
October 23, 2009   05:23 PM PDT
 
cuba la beli online direct from Kaki Novel... www.kakinovel.com
Anna
August 19, 2009   12:22 PM PDT
 
memang best novel ni....kat mana nak beli....puas pusing-pusing semua kedai buku kat my town tapi tak de le.....frust!!!!!!sapa-sapa boleh tolong saya dapatkan novel ni.....please....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments