Entry: TELUKI ITU UNTUK AKU - Nazawati Friday, October 23, 2009





Sinopsis...
perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?

Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau! Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!

Bahtera ini, arah kita tak serupapadamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

Ulasan...
Aku suka novel ini seperti mana aku suka dengan novel pertama penulis yang berjudul Kembalikan Kasihku. Jalan ceritanya yang santai tapi boleh menerbitkan pelbagai perasaan terutamanya konflik antara Firdaus dan Seri yang amat menyentuh hati. Aku suka dengan watak Seri Kurnia, merupakan seorang wanita yang tabah dan teguh pendiriannya, berfikiran positif walaupun ada ketika dia tewas dengan emosinya sendiri, namun dia tidak membiarkan dirinya tersasar dalam melayan pergelutan emosinya itu. Cuma watak Ajmal tu menimbulkan persoalan di minda, mengapa dia boleh jadi begitu?




   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments