|
![]() Sinopsis... MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga. Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar. RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi! Ulasan... Kalau dah minat tu, bila tahu saja ada novel baru hasil karya RAM ianya akan membuatkan aku tak ingin memiliki novel tersebut dengan segera, terus membacanya dan kalau boleh ingin menghabiskan pembacaan dengan secepat mungkin. MIKHAIL juga tak terkecuali. Bagi peminat RAM, pasti mereka sudah tahu yang novel beliau termasuk dalam genre apa kan?
Kali ini jalan ceritanya agak lebih ke'brutalan'nya kerana kebanyakkan jenayah yang terjadi di dalam novel ini dilakukan oleh mereka yang tidak punya perasaan peri kemanusiaan... boleh diibaratkan seperti robot, melaksanakan setiap arahan yang diberi mengikut yang disuruh dan akan memastikan misi yang diberi terlaksana jika gagal, mereka perlu memusnahkan diri mereka sendiri sebagai hukuman. Mereka yang diberi nama 'Mikhail' ini telah di'didik' dengan cara sedemikian dan amat taat dengan perintah ketua mereka. Perasaan suspen, ngeri, takut dan bermacam-macam lagi mula menyelubungi minda aku tika membacanya. Namun begitu masih ada sekelumit perasan suci dan murni yang sememangnya telah lama terselit di sudut hati Mikhai yang seorang ini sedari kecil lagi. Berjayakah dia mencari identiti dirinya yang sebenar? Siapakah yang bertanggung jawab menjadi dia begitu? Baca dulu baru tahu apa kesudahannya. Apa-apa pun novel ini memang best... dan telah menambahkan koleksi novel RAM di rak buku aku. Hehehe.... |
| Leave a Comment: |