|
![]() Sinopsis...
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya... Ulasan... Walaupun kawan baik tapi bila sudah berduaan terutamanya berlainan jantina pasti ada yang ketiga (syaitan) yang akan menghasut ke arah perlakuan yang tidak baik dan itulah yang terjadi kepada Rina dan Hazry. Azfarel dan keluarganya menjadi penyelamat kerana sudi menerima Rina yang telah dibuang oleh keluarganya sendiri ekoran dari peristiwa hitam tersebut. Apakah kasih Rina terhadap Azfarel akan berubah setelah Hazry muncul kembali selepas lebih enam tahun mereka hidup bahagia bersama? Sanggupkah Azfarel mengorbankan segalanya setelah mengetahui yang umurnya tidak akan panjang apabila disahkan penyakit tumornya yang lalu telah menyerang kembali? Hanya... 'Tuhan Lebih Tahu...' yang boleh menjawab semua persoalan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Nora@Rose kerana berjaya membawa aku 'menyelami' watak-watak utama dalam novel ini dan menjadikan aku agak beremosi terutamanya ketika membaca konflik-konflik yang berlaku di dalam perjalanan ceritanya dan sekali gus mendorong aku untuk menamatkan pembacaan secepat mungkin kerana ingin mengetahui kesudahannya. |
| Leave a Comment: |