Entry: VIVA SAKURA - Zuliana Abuas Thursday, July 30, 2009





Sinopsis...
Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...

Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam.

Ulasan...
Negara Korea menjadi lokasi utama dalam novel ini, dengan jalan cerita yang santai dan bersahaja, diselitkan dengan adegan komedi romantis yang mencuit perasaan memberikan kelainan pada novel ini dan menarik untuk dibaca. Tatkala aku membaca novel ini... fikiran aku sentiasa melayang mengingati semula drama-drama korea yang pernah aku tonton. Aku mula membayangkan wajah-wajah pelakon lelaki korea yang aku minati dan secara tidak lansung memegang watak hero dalam novel ini... hehehe! Walaupun ini novel pertama penulis, namun beliau berjaya memberi kelainan kepada pembaca. Taniah kepada penulis.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments