|
![]() Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita…. Persahabatan itu telah menjadi racun. Kalau novel NB, laju je aku membacanya. Tak kisahlah apa pun jua ceritanya dan selalunya banyak pengajaran yang aku perolehi dari jalan cerita yang disampaikan. Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan juga keluarga. Kita sebagai anak, kadang-kadang tidak memahami kenapa ibubapa kita berbuat demikian dan bila ianya tak serasi di hati, kita mula menyalahkan dan menghukum mereka. Sekali gus... kerana menurut gelodak hati muda, tanpa disedari kita telah melukakan hati mereka. Setiap novel NB pasti ada menyelitkan kisah-kisah yang sering berlaku dalam masyarakat dewasa ini.
|