Entry: SALJU SAKINAH - Zaid Akhtar Wednesday, February 25, 2009





Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.

Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.

Sumber:
http://www.e-kedai.net/index.php?product_id=1087&target=products

Salju Sakinah adalah novel bersiri yang pernah tersiar di Ruangan Agama Utusan Malaysia setiap Isnin-Rabu sepanjang tahun 2005.

Rasanya sinopsis di atas sudah cukup untuk menceritakan tentang novel ini. Macam yang pernah aku katakan, aku agak malas nak mengulas novel-novel yang telah aku baca. Kekangan masa juga yang buat aku jadi begini agaknya?

Nyata sekarang aku lebih cenderung untuk membaca karya penulis lelaki. Mencari kelainan dalam penyampaian cerita kerana gaya penulisan mereka. Gaya penulisan mereka berbeza.

Itulah kan, selera kita berubah-ubah. Dan inilah yang berlaku pada aku buat masa ini.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments