| Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa "Ya. Kalau sayapnya elok lagi, 'dia' boleh terbang..." balas Ehsan. Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa. Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah. ***
Ntah kenapa, lately ni malas benar nak tulis review tentang novel yang telah aku baca. Malas ke? Eh bukan malas, tak ada banyak masa sebenarnya. Dapat menghabiskan sebuah novel sebulan pun dah cukup baik. Pasal Kebun Mimpi ni... laju je aku baca sambil curi-curi di waktu rehat kat ofis sebab tak sabar nak tahu kesudahannya. Sanggup tak nak pergi makan tengahari tu.Teruk kan aku ni? Sampaikan ada yang bertanya, apa pasal aku asyik tersenyum je bila baca novel ni. Memang menghiburkan... gitu gak dengan Tas Merah Jambu tu. Tapi cerita Albatros tu aku slow sikit sebab otak aku agak 'konpius' untuk 'catch-up' jalan ceritanya iaitu dua kisah yang punya kaitan... walaupun jalan ceritanya yang berbeda. |