|
![]() The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy Siapa yang harus dipilih? Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya! Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana? Aku baru je habis membaca novel ni. Walaupun novel ini agak nipis tapi aku mengambil masa juga untuk menamatkan pembacaan. Namun begitu, ada kelainan dengan penyampaian dan jalan ceritanya. Menarik! Aku ni bukan tak mahu mengulasnya dengan lebih lanjut tapi apa yang aku nak ulas lebih kurang sama je dengan apa yang telah diulas oleh Hantu Novel... ~dee~ Sebenar-benarnya, sejak dua menjak ni aku memang tak ada mood lansung untuk membaca dan mengulas novel.
|
| Leave a Comment: |