Entry: SERASI DI HATI - Nora Ismail Friday, April 03, 2009





Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih... Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.

Novel terbitan NB lagi. Entah mengapa, aku tiba-tiba bersemangat untuk membaca semua novel baru NB yang ada di dalam gerobok aku tu. Cam maraton lak ek? Novel ini boleh dikategorikan 18SX kot... sesuai dibaca oleh pasangan yang akan dan sudah pun mendirikan rumahtangga. Banyak perkara yang kita terlepas pandang yang berlaku di dalam institusi perkahwinan itu, yang mengakibatkan ikatan perkahwinan itu goyah. Ada setengah perkara itu dianggap remeh tetapi tanpa disedari, perkara yang remeh itulah yang lama-kelamaan menjadi nanar dalam hubungan suami isteri. Ini jelas aku lihat dalam hubungan Edrinaz dengan suaminya, Azman. Si isteri selalunya cuba sedaya-upaya bersabar dan beralah kerana tidak mahu hubungan mereka menjadi hambar dan retak tetapi kekadang keegoan si suami itu yang memusnahkan segalanya. Perempuan, sekali mereka terluka, memang payah untuk diubati semula. Apakah Azman berjaya memujuk Edrinaz kembali semula kepadanya? Apa pula yang berlaku pada hubungannya dengan Zarul setelah Edrinaz memberikan harapan kepada lelaki itu?

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments