Entry: CINTA LELAKI - Nurasikin Arsad Tuesday, March 24, 2009





Kata orang, lelaki memang banyak pilihan dalam bercinta. Kerana mereka yang akan memilih bukannya dipilih. Benar, tetapi untuk memilih bukan sesuatu yang mudah. Walau banyak yang datang, ramai yang disukai, belum tentu ada yang lekat di hati. Begitu juga Hadi. Bagi lelaki itu, yang disukai memang ramai, yang dicintai itu yang dicari. Kadangkala dia  terpedaya. Itulah kata orang, terlalu sangat memilih... akhirnya diri yang terkena. Mampukah Hadi mencari cinta sejati? Siapakah yang berjaya memperdayakannya? Siapakah yang menjadi pilihannya?

Ini karya penulis baru NB yang ke-3nya. Aku baru je habis membacanya. Banyak yang aku pelajari tentang lelaki dalam novel ini. Kekadang lelaki ni cepat terpedaya dengan apa mereka nampak di depan mata terutamanya kecantikan. Mereka ini selalunya rambang mata. Tak cukup dengan satu. Tapi bila dah berlaku sesuatu, barulah timbul penyesalan. Masa itu baru mereka sedar yang mereka telah  kehilangan akan sesuatu yang berharga yang mereka tidak nampak sedari mula lagi. Tapi itu hanya pandangan aku je kerana tak semua lelaki begitu...

   4 comments

Hadi
September 28, 2009   07:56 PM PDT
 
Tahniah kepada penulis baru nie.. Byk novel aku dah baca, ini antara novel yg aku rasa menarik.. all the best nurasikin! Harap dapat hasil novel seterusnya secepat mungkin.
HAZIQ
September 26, 2009   03:18 PM PDT
 
Saya setuju.. jalan cerita yang menarik, tidak membosankan dan harus dibanggakan..
KAMK
August 15, 2009   07:58 AM PDT
 
boleh cerita sikit tak apa jalan cerita dia... saya sgt berminat tapi tak sempat beli sbb ada di luar negara.. thanks
linda
August 2, 2009   11:21 PM PDT
 
Cerita ni memang menarik. Lain daripada yang lain.Sedih, gembira,cinta, nilai-nilai agama, semuanya ada. Tahniah kepada penulis baru ini.. Harap dapat hasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments