Entry: KAULAH SATU - Fatin Nilam Sari Sunday, March 08, 2009





Sinopsis:

Apa ertinya cinta jika tiada kesetiaan, tiada rindu dan tiada dendam. Cinta itu paduan semua perasaan. Cinta Halim sentiasa beralih dari satu wanita ke satu wanita. Anisa Camylia tersepit di antara cinta wanita-wanita yang dicintai papanya...

Akan terleraikah segala tekanan yang dialami apabila ketemu dengan Jay, pemain piano muda yang kacak dan berkarisma... Akhirnya dia sanggup berkorban dan menyerahkan nyawa bagi membuktikan kesucian cinta.

Penceraian, yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Kadangkala anak-anak ini tidak dapat menerima bila salah seorang dari ibu atau bapa mereka berkahwin lagi dan membuatkan mereka membuat sesuatu yang tidak dijangka kerana ingin menunjukkan yang mereka memprotes akan tindakan ibubapa mereka itu. Ini kerana mereka tidak mahu kasih sayang yang patut mereka tidak mahu berkongsi kasih bersama ibu atau bapa tiri. Itulah yang dilakukan oleh Anisa Camylia, dia sanggup membuat agar dirinya seolah-olah terlepas keretapi hanya kerana tidak mahu menghadiri majlis perkahwinan bapanya dengan ibu tiri. Tapi siapa sangka di stesen keretapi juga dia bertemu dengan jejaka idaman.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments