|
"Cinta itu datang ketika hatinya tertutup" Cinta Fuhhh... dalam sehari aku boleh habis membaca novel ini. Tak sabar nak tahu apa kesudahan kepada persahabatan di antara Chempaka, Sheikh Adli, Andrian dan Aida. Dalam anggapan sebagai kawan baik, Sheikh Adli baru menyedari yang dia sudah mula jatuh cinta kepada Chempaka dan tidak sanggup merasa kehilangan terutamanya bila dia mengetahui Andrian dan Chempaka sudah berhubung semula. Walaupun dulu Chempaka pernah menyimpan perasaan terhadap lelaki ini semasa di Tanjung Puteri tetapi ketika Sheikh Adli menyatakan hasrat hatinya... Chempaka tidak dapat menerima huluran cinta Sheikh Adli kerana perasaan itu telah lama pudar disebabkan sikap Sheikh Adli yang tidak pernah peduli tentang perasaannya dulu. RM 2.80 merupakan titik permulaan persahabatan antara Chempaka dan Andrian. Lelaki itu sudah mula terpaut dengan Chempaka semenjak peristiwa gadis itu menyelamatkan nyawanya semasa di Tanjung Puteri dulu. Namun keadaan telah memisahkan mereka. Doa Andrian terkabul pabila dia dapat berjumpa semula gadis idamannya itu. Namun sebagaimana yang selalu diingatkan oleh Sheikh Adli, Chempaka cepat sedar akan siapa dirinya, lalu tidak semudahnya dia menerima Andrian di dalam hidupnya. Manakala dendam Aida terhadap Chempaka tak pernah padam kerana rakan sebiliknya semasa di asrama dulu telah merampas kekasih hatinya. Dendamnya semakin membara apabila Aida juga tidak dapat memenangi semula cinta Sheikh Adli yang pernah ditolaknya satu ketika dulu setelah mengetahui yang Sheikh Adli telah mula menyintai Chempaka sehinggakan Aida sanggup untuk membunuh Chempaka. Apakah Chempaka mati atau terselamat? Takkan nak cerita semua kot... tak thrill la kan? Bacalah novel ini kalau nak tahu kedudahan ceritanya. |
| Leave a Comment: |