|
![]() Sinopsis: Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mengdenga, mengiakan sahaja hati juga yang parah. Di mana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan... Kebelakangan ini karya NB lebih cenderung kepada kisah yang berlaku dalam masyarakat sekarang ini terutamanya di dalam institusi kekeluargaan. Kali ini, beliau mengketengahkan beberapa permasalahan sering kali berlaku di antara anak dan ibu bapa mereka pada masa kini. Bila membaca novel ini, baru aku sedar betapa sukarnya menjadi seorang anak - terlampau menurut sangat pun salah, kalau menentang juga pun salah. Memang setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tapi kadang-kadang tidak semua ibu bapa memahami apa yang sedang bermain di minda anak-anak mereka. Malah lebih teruk bila mereka tidak lansung beri peluang kepada anak-anak untuk menyuarakan hasrat hati mereka. Akhirnya, anak-anak yang menanggung segala 'penderitaan' ekoran dari keputusan ibu bapa yang 'ego' dengan pilihan kata hati mereka. Jalan cerita dalam novel ini adalah contoh yang terbaik... bagi sang anak ataupun ibu bapa.
|
| co2 system July 2, 2009 11:10 AM PDT INFOMASI YANG BERFEADAH | ||
| web design June 26, 2009 11:24 AM PDT NAK JADI SEORANG AYAH PUN BUKAN SENANG | ||
| malaysia web design June 23, 2009 04:20 PM PDT dapat info terkini | ||
| malaysia seo June 3, 2009 10:59 AM PDT bagus kalau buat cerita situasi sekarang | ||
| Leave a Comment: |