|
 'kelukaan ini menjadi penawar kasih kita' SINOPSIS :- Cinta pertama sukar dilupakan. Bagi Sutina, pengalaman jatuh cinta membuatkan dia ingin melupakan kisah silamnya. Dia gigih mengusahakan restoran makanannya bersama rakan kongsinya, Yusma dan aktif sebagai sukarelawan untuk badan kebajikan. Ketika Sutina cuba mengubat luka di hatinya, Taufik Hidayat dan Isham, sahabat baiknya suatu ketika dahulu muncul dalam hidupnya. Taufik menyenangi Sutina yang mengambil-berat akan keadaan anaknya, Safiya yang cacat. Isham pula cuba mendekati Sutina dengan menawarkan diri menjadi rakan kongsinya. Namun kedua-duanya pernah melukakan hati Sutina tanpa mereka sedari. Keadaan menjadi tegang bila bekas isteri Taufik kembali. Taufik tekad melamar Sutina manakala Isham menghantar rombongan meminangnya. Siapakah yang berjaya memujuk luka hatinya? Dapatkah Sutina melupakan luka kisah silamnya dan menyemai kasih baru? "Ketika mencintai, kau tidak melihat kepada kekurangannya. Apabila membenci, kau telupa kepada kebaikannya."
Pertama kali aku membaca novel nukilan penulis ini. Selalunya aku hanya melayari laman webnya saja. Not bad! Jalan cerita yang biasa-biasa saja tapi cara penyampaian dan gaya bahasanya memenuhi citarasa aku. Tak perlulah aku ceritakan di sini dengan panjang lebar kerana dalam sinopsis di atas telah menceritakan semuanya cuma anda perlu membaca novel ini untuk mengetahui kesudahan ceritanya.
|