Entry: ANAK PEREMPUAN KABARET - Elias Hj Idris Sunday, March 23, 2008



Sinopsis:
Nurul Fasha, anak seorang perempuan kabaret mencari lelaki yang membuatnya lahir di atas muka bumi ini. Dalam pencarian itu dia menempuh saat getir penuh danur dan pura-pura kota. Namun dia meniti kejayaan dalam kerjaya modellingnya. Dalam pada itu hatinya tersangkut pada Imran yang memilih Amelia. Sayang lelaki itu disihirkan ibu mertuanya yang sering menyelap. Ada kain berdarah dan jenglot lagi. Nurul Fasha menemui lelaki yang dicarinya itu... siapa?


Lama sudah aku tidak membaca novel karya penulis veteran ini. Agak lama dia  'hilang'. Pengalaman 'orang lama' dijadikan intipati jalan cerita dalam novel ini. Ia mengisahkan rencah kehidupan masyarakat masa kini yang penuh dengan onak dan duri tanpa mengira di bandar atau pun di kampung. Kalau ada duit segalanya boleh jadi dan kerana duit juga manusia jadi buta hati, lupa pada agama dan asal usul. Jalan cerita yang agak berat tapi apa yang buat aku suka tentang novel ini, penulis juga menyelitkan unsur-unsur agama yang boleh dijadikan panduan kita bersama. Tapi aku rasa, generasi muda kurang minat untuk membaca novel ini kerana jalan ceritanya agak 'berat', aku sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Walau bagaimanapun semuanya terpulang kepada selera masing-masing kan?

   3 comments

kedos51
April 2, 2009   09:42 PM PDT
 
mmg minat sgt ngan pnulis nie ..

mesti nk bc gaak laa .. sy mmg follower dia gak . mmg touching citer dia ek .. cara dia mengupas dunia seorang LELAKI mmg sgt unik dan jujur .. satu gubahan yg cukup mntap llaaa ..

tp nilaa stay kat nilai mmg x jumper laa
MamaErra
August 1, 2008   08:46 PM PDT
 
pernah nampak kat kinokuniya beberapa bulan lepas... tapi kalau tina nak, saya bleh let go novel ini yg ada dalam simpanan saya... bukan tak sayang dgn novel ni tapi memandangkan rak buku saya dah tak muat jd sayang pulak nak biarkan novel ni terperuk dlm kotak je... baik saya manafaatkan kpd org yg memerlukan...
Tina
July 11, 2008   03:35 AM PDT
 
susah nak cari novel elias hj idris kat jb. dengarnya dulu ada sambungan untuk Kehilangan (1994) tapi tak jumpa pun.
novel yg Anak Perempuan Kabaret ni ada kat book store apa eh?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments