Entry: GARIS-GARIS DEJA VU - John Norafizan Saturday, April 05, 2008



Kata Rumi: 
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi  

Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati! 

Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien. 

Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?

Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?
 


Novel yang memang ditunggu-tunggu kelahirannya. Tahniah JN! Apa yang boleh aku kata, aku suka novel ni. Mengisahkan Ashraf yang sanggup meninggalkan isteri yang mengandung demi menjejak semula cinta Lailanya. Manakala Nini yang sedang mengandung cuba menjejaki sang suami demi keampunan atas kesalahannya menduakan suami. Juga kisah bagaimana Suraya yang telah jauh tersesat dari agamanya dan menjadi seorang atheist. Begitu juga dengan kisah bagaimana sikecil Damien melalui hari-harinya dengan ditemani 'burung putih' setelah ditinggal keseorangan oleh bapanya, malah ibunya pula terlantar koma di hospital. Aku rasa tak perlulah aku cerita banyak-banyak kat sini, raca dulu baru tahu....

p/s: Terus terang aku kata, mula je baca novel ni dari muka pertama... ia buat aku teruja untuk terus membaca ke muka surat yang seterusnya sampai habis kerana nak tahu jalan cerita yang seterusnya... sehari je aku dah boleh menghabiskannya. Cuma satu yang aku curious, JN suka selitkan Manchester di dalam kebanyakan novel beliau... kenapa ek? Ni mesti ada sesuatu... itu kita tanya pada JN la kan? Apa-apa pun, bila dengar/nampak perkataan Manchester aku mesti teringat JN... ha ha ha!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments