|
Sinopsis Belakang Buku: Jalan cerita yang baik dan punya kelainan bersama penggunaan bahasa yang cukup indah bersama selitan petikan tafsiran Al-Quran, malah banyak juga perkataan baru yang aku pelajari dari novel ini. Cuma permulaan cerita yang agak mendatar kerana hubungan Widya dan Irwan Zahir yang berjalan dengan lancar sehinggalah termeterainya ikatan pertunangan tetapi bila memasuki ke bahagian II, aku menjadi semakin teruja untuk mengetahui nasib Widya yang seterusnya setelah ditimpa dengan bermacam-macam musibah sehinggalah dia terpaksa berkorban segala demi maruah diri dan keluarga. Pengakhiran cerita yang agak menarik juga, aku sendiri tidak yakin boleh menjadi setabah Widya... bagaimanalah agaknya perasaan hati pabila berdepan dengan kekasih hati yang terpaksa dianggap sebagai adik ipar saja? Thumbs up untuk penulis baru ini! Tak rugi untuk dijadikan koleksi...
p/s: Pertama kali mengenali Lara di Rebung tahun lalu, berjanji untuk berjumpa lagi di tempat riadah berdekatan rumah masing-masing, namun... hajat cuma tinggal hajat. Sudahnya aku cuma dapat men'jengah' ke blog beliau sekali sekala bila berkesempatan untuk mengikuti perkembangan seorang kawan... tup tup lahir sudah hasil karya pertama beliau bersama JS... Tahniah Lara! Moga ianya menjadi pendorong untuk berkarya dengan lebih giat lagi. |
| Leave a Comment: |