Entry: RINDU CINTAKU - Fauziah Ashari Saturday, March 15, 2008



Sinopsis Belakang buku:

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?


Novel ini adalah sekuel kesinambungan dari Ombak Rindu, Setia Menanti dan Cinta Tiada Akhirnya. Masih lagi berkisar kisah-kisah rumahtangga Hariz dan Izzah dan juga kemelut antara Hariz dan 'adik'nya di dalam Sufiah Holdings. Dia telah disisih keluar dari Sufiah Holdings hanya disebabkan oleh orang ketiga yang berdendam dengannya. Watak-watak yang terdapat dalam Ombak Rindu muncul kembali dan membawa pembaca ke dunia kejahatan dan penuh maksiat yang tidak terfikir oleh pembaca yang tenang. Pelbagai dugaan perlu ditempuhi oleh Hariz mahupun Izzah. Apakah Hariz dan Izzah masih lagi dapat mempertahankan rumahtangga mereka di pengakhiran cerita?

Pada aku, novel yang bersambungan begini selalunya punya jalan cerita agak 'hot' hanya setakat novel ke-2. Bila masuk novel ke-3 dan seterusnya, perasaan hambar mula menyelubungi minda ketika membacanya. Bukan apa sebagai pembaca, aku mula bosan dengan watak-watak yang sama dan jalan cerita yang 'pi mai pi mai tang tu' juga... Ini hanya pandangan aku semata-mata... lain orang lain citarasanya.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments