Entry: SYURGA DI HATI - Salina Ibrahim Tuesday, March 11, 2008



Nurul Khadijah
       Menjengah ke kamar ini... terasa bagai baru semalam kasihnya dibawa perhi Ku Aris. Masih terasa-rasa sedihnya. Masih terbawa-bawa rawannya. Kenangan-kenangan indah yang tidak mampu dikuis. Kian ditepis, kian menjeruk di ruang rasa. Menghitung rindu yang tidak berkesudahan. Nurul Khadijah sedar, sampai bila dia harus sendiri melayan hati. Sampai bila dia mahu menyisih daripada Ku Adam yang umpama Jelmaan Ku Aris itu?

Ku Adam...
       Dia tidak akan mengkhianati kasih saudara sendiri kiranya Nurul Khadijah masih milik Ku Aris. Dia bukan insan kejam... dia masih waras dalam tindakan. Namun kini Ku Aris telah pergi menginggalkan seorang isteri yang terlalu baik hatinya... yang ikhlas budinya, yang cantik rupa parasnya... yang selama ini sering bermain-main di hati, ingin surinya juga sebaik dan secantik kakak ipar yang disayangi. Sedang dalam diam hatinya juga mula jatuh sayang. Dan tidak salah rasanya dia memilih kakak ipar sendiri untuk dijadikan suri. Kerana Hanya bulan dan matahari sahaja yang mustahil untuk disandingkan...


Jalan cerita yang biasa saja, apa yang aku suka tentang novel ini adalah cara penyampaian bahasanya disamping penggunaan perkataan-perkataan yang agak baru pada aku - bolehlah menambah vokabulari Bahasa Malaysia aku. Namun begitu aku puji cara Nurul Khadijah menjaga tatasusila dengan baik sealiran dengan status dirinya terhadap lelaki-lelaki yang menaruh minat kepadanya. Dia tidak cepat 'melatah', malah bijak menangani masalah-masalah yang datang melanda pada dirinya, keluarganya dan juga perniagaan arwah suaminya. Pada aku, banyak yang aku pelajari dari novel ini.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments