|
Sinopsis Tombiruo: Sinopsis Semangat Hutan: Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya? Sinopsis Tombiruo Terakhir: Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'. Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.
Bagi peminat novel yang bergenre romantis thriller, novel-novel ini memang best! Walaupun agak sibuk, aku tetap cuba mencuri masa untuk membaca novel trilogi ini. Akhirnya aku berjaya juga menghabiskannya dalam masa seminggu saja. Nama RAM sememangnya sudah sinonim dengan nama penulis novel thriller no. 1 di kalangan pembaca novel di tanahair. Hujung bulan ini novel terbaru beliau akan muncul dengan tajuk UNGU KARMILA. InsyaAllah aku tidak akan melepaskan peluang untuk memilikinya. |
| Leave a Comment: |