Entry: LABYRINTH - Imaen Tuesday, September 25, 2007



Bahasa diamlah yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata 'aku cinta padamu'. Dan dalam diam orang boleh berkata 'kita tidak sehaluan lagi'.

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah "lantai" untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!

Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi? 

Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya.
Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira?
 

Maira
Cintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang! 

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?

lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?
 

Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya.  Siapa?


'Cinta tidak boleh meruntuhkan tembok... tetapi cinta boleh meruntuh lelaki si pembuat tembok..'

Romantis-thriller, aku suka novel ini. Bertambah lagi nama penulis romantis-thriller lelaki yang aku minati selain RAM, Abdul Rahim Awang, Abdul Talib Hassan dan Norhisham. Bermula dengan membaca Vendetta di dalam Gurindam Jiwa, aku tidak teragak-agak untuk membaca karya Imaen yang seterusnya.... dan memang ianya tidak mengecewakan. Tak perlu ulas panjang-panjang... aku sarankan, lebih baik baca supaya anda dapat merasa apa yang aku rasa kerana ianya tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Di samping itu juga, banyak informasi yang bakal anda diperolehi dari novel ini... Tahniah Imaen!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments