Entry: BULAN BERBISIK - Samsiah Mohd Nor Tuesday, October 02, 2007



Sinopsis di belakang novel:

Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta... tentang derita... tentang madu... tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bualan ciptaanNYA penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri.

Kusedari... betapa semala ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui... mengujiku adalah mainanMU. Memberi juga adalah limpah kurniaMU. Mengambil juga adalah hakMU. Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini.

Lalu, Khadijah mencai Aima. Mahu dilamarnya. Namun di mana? Aima Adawiyah mencari satu pengabadian tapi dia bertermu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya menjadi celaru, langit jiwanya berubah biru.

Di persimpangan. Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung makna cinta yang ketara berbeza.

Ujar Khadijah... Jangan kau menangis, perempuan... kerana lara itu. Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu.

Akur Aima... Aku menangis kerana lanjurku. Yang kucari cinta bermata tapi sayangnya bertemu cinta nan buta.

BULAN BERBISIK... sebuah cerita mencari diri yang hilang...

Sinopsis yang kupetik dari laman web Alaf 21

Komen aku:

Aku tidak perlu mengulas akan jalan cerita novel ini kerana sinopsisnya telah aku paparkan di atas. Kala aku membaca novel ini, perasaan aku terbuai dengan lenggok bahasa yang dikarang begitu indah sehinggakan aku berasa seolah-olah berada di awangan... Memang payah untuk kita perolehi novel yang sebegini pada masa ini.... Namun aku percaya, hanya pembaca-pembaca yang seangkatan denganku yang suka dengan novel yang begini. Pembaca perlu mengambil masa untuk menghayati dan memahami bahasa-bahasa puitisnya... Bukan apa, pembaca-pembaca muda sekarang ini aku lihat lebih cenderung kepada novel-novel cinta yang punya bahasa yang ringkas dan bersahaja untuk bacaan santai mereka... Itu sebab kadang-kadang, novel-novel begini agak sukar dijangka sambutannya di kalangan peminat-peminat novel Melayu. Walaupun begitu, aku begitu kagum dengan cara SMN membangunkan watak Khadijah dalam novel ini. Aku sendiri pun tidak boleh menjadi sesabar dan setabah Khadijah dalam meladeni kehidupannya bersama suami dan juga mereka-mereka di sekelilingnya. Syabas SMN!

 

   2 comments

Maizura Mohd Ederis
December 28, 2007   05:21 PM PST
 
Untuk makluman, novel pertama Samsiah, Tangisan Bulan Madu akan disiarkan di RTM 2 mulai awal tahun depan (2008). Sila ambil perhatian. Layari blognya, www.tangisanbulanmadu.blogspot.com'
nadia
December 13, 2007   01:19 PM PST
 
emm,mcm borink j..heheh!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments