|
....cinta yang dilepaskan pergi itulah cinta yang paling dalam bersemadi di dalam hati! Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali. Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa. Abang... Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?
Cinta, mengapa lagi dirindu semakin jauh perginya! Cinta pertama, tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan... dan selalunya cinta kedua itu lebih baik dari yang pertama. Maka, janganlah serik untuk memulakannya untuk sekali lagi... Itulah yang dapat aku rumuskan. Cinta itu tidak indah kalau tidak terseksa... Aku ini tidak pandai untuk mengulas panjang-panjang. Apa yang boleh aku katakan di sini, aku suka dengan ceritanya. Sangat suka... Bunga-bunga bahasanya membuai perasaanku... Lily pandai mengolah ayat-ayat yang boleh menerbitkan pelbagai perasaan ketika membacanya. Terus terang aku katakan... aku menangis bila tiba di bahagian penghujung novel ini. Oleh itu, tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa nama Lily sudah boleh diletakkan sebaris dengan nama penulis-penulis novel terkenal di Malaysia. Syabas Lily... tak sabar pula menanti kelahiran karya yang seterusnya. |
| lilyhaslina October 5, 2007 04:01 PM PDT ALLAHHUAKBAR... tersebaklah pulak kita bila baca komen mamaerra... alhamdulillah... yg baik tu ilham yg dipinjam ALLAH.. terima kasih! terima kasih buat mamaerra yg tak putus putus bagi sokongan sejak kita kembali menulis novel... salam syawal utk mamaerra... kalau ada peluang kita bertemu dan sembang panjang! | ||
| Leave a Comment: |