Entry: BAYANGAN RINDU - Anis Ayuni Tuesday, August 28, 2007



"Orang yang pernah gagal tahan diuji dan lebih tahu menghargai. Dia melihat bahagia seperti melihat warna-warna seindah pelangi."

KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.


Cinta monyet... jarang berakhir hingga ke jinjang pelamin. Itulah kebiasaannya dan itulah yang berlaku di antara Iddya dan Baein. Patah tumbuh hilang berganti... maka Iddya pun bertemu dengan Lutfi tapi lansung tidak menjangka bahawa mereka tidak boleh bersatu di saat-saat mereka menuju ke gerbang perkahwinan. Itulah kerja Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Kuman di seberang laut boleh nampak tapi gajah di depan mata tidak dipedulikan... Mengapa Iddya tidak pernah perasan akan kebaikan Umar padanya semenjak di bangku sekolah lagi? Pada Iddya, Umar sahabat baiknya, tempat dia mengadu.... berkongsi cerita suka dan duka. Umar pendengar yang setia. Mengapa dia tidak pernah mahu tahu apa perasaan Umar padanya tapi apa pula perasaan Umar pada Iddya? Bacalah... ok juga jalan cerita dia.

Umar ~ "Ibarat orang yang dah luka lututnya... I tak boleh ajak dia berlari. I perlu tunggu sampai lukanya sembuh sambil tu I cuba jalan perlahan-lahan dengannya."

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments