Thursday, June 28, 2007
BILA SENA KEMBALI BERBUNGA - Amaruszati Noor Rahim

'Aku cuba untuk membahagiakan semua orang tapi aku tak mahu orang lain bahagia di atas penderitaanku.'

Sinopsis belakang novel:
Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan, merealisasikan sebuah impian, untuk melihat sena kembali berbunga...


Sudah lama aku ingin membaca novel ini... sampai juga hajatku. Kalau sudah ditakdirkan bersama, walau apa pun yang datang menduga... pasti akan bersama juga akhirnya. Begitulah juga dengan Zakri da Afikah... ketetapan hati dan keseungguhan Zakri untuk mempertahankan cintanya telah menyakinkan Afikah untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Lepas ni aku nak baca pula Bila Sena Kembali Berbunga 2.

Posted at 8:21 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, June 27, 2007
TITIPKAN AKU BAHAGIA - Siti Rozilah

'Senyuman ini untuk siapa? Duka itu milik siapa? Aku tidak pernah mahu tahu kerana hati ini sudah lama tidak punya rasa...'

Hidup Syakila pernah ditabiri warna kusam. Amat kontras warna-warna kehidupan yang pernah diloreknya. Namun bayangan silam kerap mengitari dan memerangkap. Nama lelaki telah dipadamkan dari mata hatinya, namun mengapa lelaki juga yang kerap mengejarnya? Dia telah berlari menjauhi lelaki. Dia ingin mencipta bahagianya sendiri bersama teman-teman, namun mengapa sering kali gagal? Kerana lelaki, dia dibenci dan didendami oleh sahabatnya sendiri...


Siti Rozilah merupakan salah satu novelis kegemaranku. Novelnya kali ini juga menyentuh hatiku. Penyampaian jalan ceritanya menunjukkan kematangan penulis dan juga pengalamannya dalam menghasilkan beberapa karya sebelum ini. Tahniah!

Secara peribadi, watak Syakila itu benar-benar meninggalkan kesan pada diriku... (dalam perspektif positifnya). Sikapnya yang tabah, kental dan berpegang teguh pada pendiriannya itu akhirnya memberikannya satu jalur sinar yang indah yang akan melunturkan warna-warna kusam yang pernah mewarnainya kehidupan lampaunya.

Posted at 7:19 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, June 26, 2007
AIR MATA KASIH - Syamimi Aminolah

"Dan air mata... berderailah lagi. Aku tak mampu menghapuskannya kerana kau lebih mengerti segala-galanya."

Sinopsis belakang novel:
Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusik dan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala dia merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaran masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan yang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayang wajah 'Abang Qimi' yang tidak terjangkakan dek bayangannya. Kacakkah? Atau seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Dan rahsia hati disimpan kemas dalam diri... walau sesekali terdetik jua; ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagai ada ceritanya... misteri tersembunyi antara Ain dan Haqimi. Dan benarkah... 'Abang Qimi' adalah orang yang serupa? 'Abang Qimi' adalah majikannya... yang sring mengusik dan membulinya seperti zaman kanak-kanak mereka. Dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa... bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun 'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malam, tanpa pamitan... menjadikan Ain insan kesepian.


Nur Ain Nadhirah tidak menduga bahawa Iman Haqimi adalah 'Abang Qimi'nya yang dicari dan dirindui selama ini. Apakah setelah berjumpa dengan lelaki itu, perasaan masih sama dengan perasaannya semasa di zaman kanak-kanak dulu? Novel kedua karya Syamimi aku baca. Bagi aku jalan ceritanya biasa-biasa saja tetapi tetap menarik untuk dibaca.

Posted at 7:17 am by MamaErra
Comment (1)  




Monday, June 25, 2007
ANTARA DUA HATI - Fatinilam Sari Ahmad

"Lebih baik tidak punya memori, kalau memori itu pahit."

Siapa sangka kesilapan silam membuahkan satu petaka. Basyira tidak pernah menduga, tidak pernah bermimpi Harith Rafeeq kembali di tengah-tengah kemelut yang membelit diri yang ditinggalkan suami.

Kehadirannya, bukan untuk mengubati luka Basyira tetapi dia datang untuk menghancurkan segalanya. Tiada sekelumit kasih yang tertinggal, semuanya tenggelam dalam gelora perasaan marah, dendam dan kebencian.


Fatinilam Sari memang tidak pernah mengecewakan peminatnya. Bermula dengan kisah Basyira yang pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru setelah ditinggalkan Nordin yang akan mengahwini wanita yang jauh lebih muda darinya. Anaknya, Ryan Eiman seorang akitek yang bekerja dengan Datuk Rustam begitu digilai oleh Lydia, anak ketuanya itu. Namun, Lydia tidak menyedari yang Ryan sedang menjalinkan hubungan sulit dengan ibu tirinya sendiri, Mirinda. Kepulangan Basyira, telah memberi sinar baru kepada Basha dan berharap cintanya kepada Basyira akan berbunga kembali. Di samping kisah-kisah cinta, FS turut menyelitkan kisah-kisah suspen di dalam novelnya kali ini. Insiden-insiden tragis yang berlaku telah membuatkan aku begitu teruja untuk mengetahui pengakhiran cerita. Siapa Hareth Rafeeq pada Basyira? Mengapa dia mengganggu kehidupan orang-orang yang mengenali Basyira? Novelnya kali ini memang best. Tak rugi untuk dijadikan koleksi.

Posted at 7:20 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, June 20, 2007
DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU - Manaf Hamzah

Hati Seorang Perempuan…

Yang bernama Intan Samad, yang terpaksa mengharungi hidup penuh ranjau. Mentelah dia dipandang hina oleh penduduk kampong Pulau Ubin. Mereka menjangkakan dia anak luar nikah. Dia yang begitu dahagakan kasih sayang semakin diuji apabila terpaksa berkahwin dengan seorang pemuda dari tanah besar akibat salah faham. Maka dari kehidupan kampong dia terpaksa mengikut suami dan hidup di kota pula. Tetapi taraf dirinya sebagai tukang gaji dari seorang isteri. Dia terus sabar dan tetap bertanggungjawab sebagai isteri. Bahkan dengan perasaan yang tidak berbelah-bahagi, dia mencurahkan segala kasih sayang seorang ibu kepada anak tirinya yang sememangnya mengharapkannya. Pada masa yang sama perasaan sayang mula berputik terhadap suaminya…

 

Jiwa Seorang Lelaki…

Yang bernama Assad Effendi, seorang doktor muda yang sekeras batu. Apabila takdir menentukan dia ditangkap basah dan terpaksa berkahwin dengan seorang gadis kampong, jiwanya semakin memberontak. Apatah lagi luka lamanya masih berdarah. Lantaran sebagai membalas dendam dia memandang Intan lebih sebagai orang gaji dari seorang isteri. Namun apabila mendapati isterinya cukup tabah menghadapi apa sahaja tekanan yang diberikan, dia berasa kagum juga. Mentelah apabila melibatkan Intan mencurahkan kasih sayang keibuan kepada anaknya tanpa batasan. Justeru dalam diam-diam perasaan cinta mula bercambah terhadap isterinya, walaupun dia cuba melawannya…

 

Dua Insan Yang Diuji…

Jiwa dan raga agar menyedari bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk hidup bersama. Itupun setelah keduanya mengenepikan apa sahaja sengketa. Terutama sekali dari pihak Assad, kerana sikap keras hatinya akan membuat dia kehilangan isteri yang mula disayang. Lebih-lebih apabila kesabaran Intan akhirnya menipis lantaran dia mengambil sikap tegas dan melarikan diri. Apatah lagi Intan menjadi buruan orang-orang yang memiliki semacam agenda buruk. Kerana Intan ada menyimpan satu rahsia yang cukup berharga tanpa disedarinya sendiri…

 


Akhirnya aku berjaya juga memiliki novel ini setelah sekian lama aku mencarinya. Tetapi aku hanya mendapat naskah terbitan terbaru (2007). Walaupun harganya menyamai harga novel-novel English yang pernah aku beli, namun berbaloi memilikinya. Sinopsis di belakang novel tersebut sedikit sebanyak telah menceritakan jalan cerita novel ini. Aku kagum dengan kecekalan dan ketabahan  Intan menempuhi segala ranjau duri sehinggalah dia berjaya menemui titik akhirnya penderitaan yang dihadapinya dan seterusnya mengecapi kebahagiaan bersama insan-insan  yang tersayang.

Posted at 7:19 am by MamaErra
Comments (4)  




Thursday, June 14, 2007
PULANG - Abdul Rahim Awang

Sinopsis belakang novel:

 

Kau sememangnya cantik, Lin. Kau mampu menggegarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga… Kau punya segalanya – kerjaya, cita-cita, impian. Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra moden yang berkuasa dan digilai oleh ramai lelaki. Semua lelaki tunduk di bawah telapak kakimu. Namun kau tidak tahu yang aku juga tahu bahawa kau sudah muak dengan semua daki dunia ini. Walaupun zahirmu kaya namun jiwamu kontang. Kau kekeringan kasih saying yang tak mampu kau miliki dengan kekayaan yang kau punyai. Kau mampu membeli lelaki dan dunianya namun kau gagal membeli sekeping hati suci milik lelaki yang hanya perlukanmu tika kehausan sahaja… Kau perempuan yang paling malang, Lin… Jalan pulang untukmu tidak pernah menemui titik…

 


Novel pracetak karya terbaru Abdul Rahim Awang ini aku beli semasa di Pesta Buku 2007 tempoh hari. Aku telah mengenetepikan novel-novel yang lain untuk membaca novel ini. Bukannya apa, aku sememangnya suka membaca hasil karya beliau.

Novelnya kali ini mempunyai empat fragmen - Azlin, ?, Farouk dan Suhaila. Penulis menggunakan Azlin sebagai watak utama, di samping memuatkan pelbagai kisah di dalam penulisannya antaranya perlacuran, sugar daddy, kecurangan, nafsu, seks, GRO, penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkedudukan dan berpangkat serta bagaimana pihak polis mengendalikan sesuatu kes.

Secara keseluruhannya, karya terbaru Abdul Rahim ini memang tidak mengecewakan dan pada aku, novel-novel beliau telah banyak memberi aku pengajaran tentang kehidupan. Tak rugi untuk dijadikan koleksi.

Posted at 9:42 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, June 12, 2007
IF YOU COULD SEE ME NOW - Cecelia Ahern

Reviewed by Jennifer Vido
Posted December 30, 2005

Meticulously organized and painstakingly punctual, Elizabeth Eagan's life runs as smoothly as a well oiled machine. With never a hair out of place, Elizabeth dazzles her clients with her savvy interior design sense as she decorates the sleepy little town of Baile in Ireland. No doubt, perhaps her constant need to be over-the-top stems back to the absence of a stable family life during her childhood years. With a mother who drifted in and out of her life to a father who rarely acknowledges her presence, Elizabeth finds herself lost in an archaic town without even the help of a Starbuck's mocha latte to see her through.

When her out-of-control sister, Saoirse, decides to fly the coop and leave her the responsibility of raising a six year old boy, Elizabeth must once again rise to the occasion and become the mother figure that her family so desperately needs. When Luke starts playing with an imaginary friend, Elizabeth's patience is put to the test. Having Luke occupied is not such a bad thing after all, but the thought of her own flesh and blood believing in such nonsense is ludicrous. Ironically, around the same time, a complete stranger walks into her life and brings with him such wisdom and solitude that his presence turns out to be a much needed reprieve from her somewhat chaotic life. With so much on her plate and not a shoulder to cry on, Elizabeth finds herself learning to let go and learns some valuable life lessons while she dabbles with finding the meaning of true love.

Uplifting and entertaining, Cecelia Ahern's #1 bestseller in Ireland makes its debut in the States. This, her third novel, brings her readers an inspirational character- centered novel that questions the veracity of childhood dreams and brings to the forefront the existence of imaginary friends. Despite the rather slow-paced and at times dragging plot, Ahern redeems herself with a truly magical ending that leaves the reader with a renewed sense of the importance of finding true love and happiness in life. This heart-warming tale is sure to please Ahern's fans while at the same time, attract new ones into her land of fairy tales and dreams.


I love Cecelia Ahern's novel... After P.S. I Love U and Where Rainbows End, this is her third novel I read. So touching... Cecelia Ahern is one of my favourite writer (English). I just bought her latest novel... A Place Called Here. The problem now is when can I get the time to read it? There are so many novels in queue, hehehe..

Posted at 10:12 am by MamaErra
Make a comment  




Monday, June 11, 2007
GURINDAM JIWA

Tiga Ceritera dalam Sebuah Gurindam Jiwa

Ceritera I: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Ceritera II: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.
"Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

Ceritera III: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara


Aku suka baca ketiga-tiga ceritera itu... menarik sungguh.

Schubert's Serenade memang menyedihkan. Menitik juga air mata tika membacanya... tapi best!

Tak sabar nak baca karya Imaen yang seterusnya... (entah mengapa sekarang ni agak minat untuk membaca novel romantic thriller dan aku baru je habis membaca novel Pulang, karya Abdul Rahim Awang - ulasannya nantilah ye?).

Nasib baik juga aku baru saja membaca novel Tanah Andriyana... barulah seronok nak menghayati 'Hati Andriyana'... bahasa yang digunakan memang membuai perasaan.

p/s terima kasih Kak Su... dan x lupa juga buat Kak Em...

Posted at 9:21 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, June 05, 2007
TANAH ANDRIYANA - Noor Suraya



Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.


Persengketaan dua keluarga ekoran dari perkahwinan di antara Raden Andriyana dan Ku Ahmad Fitri yang masih berpanjangan sehingga ke hari ini telah memaksa Hadi dan Aliya untuk menidakkan perasaan cinta dan kasih di antara mereka. Tapi mengapa mesti mereka yang menjadi mangsa? Apakah yang sebenarnya berlaku dan berjayakah Hadi dan Aliya merungkaikan apa yang tersirat dan sekali gus  menyatukan semula dua keluarga itu?

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kuasa Allah siapa yang tahu.

p/s Kalau Kak Su yang menulis novel tu, aku mesti suka dan jalan ceritanya pasti 'best' serta berbaloi untuk dijadikan koleksi

Posted at 1:45 pm by MamaErra
Make a comment  




Monday, June 04, 2007
CINCIN PERMATA BIRU - Mior Shariman Hassan

Apakah benar cincin itu membawa tuah? Atau ia membendung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi. Atau sekadar... cincin permata biru penghias jari...

Bermula dengan kisah cinta antara Markum dan Junaidah. Kemudian diikuti pula dengan kisah cinta Jenal dan Zulaiha. Sebagaimana tajuk novel ini, plot cincin permata biru ini timbul ketika Jenal yang telah tewas dalam percintaannya berhasrat untuk membunuh diri di tepi lombong tinggal, di mana pada suatu ketika dulu mayat Junaidah juga dijumpai di situ. Harimau jelmaan yang mengaku diri sebagai Junaidah telah berjanji akan membantu Jenal merampas semula Zulaiha dari tangan Markum dengan memberi cincin permata biru kepada pemuda itu. Junaidah seolah-olah ingin membalas dendam terhadap Markum kerana baginya lelaki itu telah menodai cinta mereka berdua dengan mengahwini Zulaiha. Setelah memiliki cincin tersebut, Jenal jadi lupa diri. Namun begitu, bila dimulakan dengan niat yang tidak baik maka tak baik juga kesudahannya. Walaupun Jenal akhirnya meninggal dunia tetapi kisah cincin tersebut tidak mati bersama Jenal.

Kisah baru pula timbul apabila Mail Buruk pula menjumpai cincin tersebut di tepi lombong tinggal di mana mayat Junaidah dan Jenal dijumpai sebelum ini. Sekali lagi 'Junaidah' memainkan peranannya. Demi menyelamatkan anak tirinya, berjayakah Mail Buruk mendapatkan 'benda' yang diminta oleh harimau jelmaan itu dari Markum? Apa pula yang terjadi ke atas cincin permata biru itu, siapa pula yang menyimpannya?


Walaupun sibuk tapi aku tetap ingin menghabiskan pembacaan novel ini secepat mungkin kerana aku tak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Rasa puas bila aku berjaya menghabiskan pembacaanku hanya dalam masa sehari saja. Pengolahan jalan cerita yang cukup baik - ada unsur misteri, seram, kelakar dan juga kisah cinta. Lain dari yang lain. Tidak rugi untuk memiliki novel ini.

Posted at 8:45 am by MamaErra
Make a comment  




Previous Page Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< September 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed