Monday, November 02, 2009
PERANG KUCING - Bahruddin Bekri



Sinopsis...
"Pemusnah Dunia sudah bangkit," kata Jonoh perlahan.

"Sudah bangkit? Tetapi mengapa saya tidak dapat merasai kewujudannya? Mungkinkah ini ada kaitan dengan Kitab Pasir Putih itu?" soal Faris.

"Maksud kamu, pemusnah dunia yang muncul ini adalah Pemusnah Dunia ciptaan?" soal Jonoh kembali.

"Ya. Itu yang saya maksudkan. Apa kita perlu buat?" tanya Faris.

"Kita musnahkan pemusnah dunia itu sebelum dia memusnahkan kita," tegas Jonoh.

Dapatkah pemusnah dunia ditewaskan? Dapatkah dunia yang terancam, aman kembali?"


Ulasan...
Sekali sekala baca novel sains fiksyen ni best gak... Bacaan ringan dan santai yang dikarang khusus untuk kelompok remaja ini boleh juga dibaca untuk merehatkan minda. Tak perlu beratkan otak memikirkan perkara yang macam tak logik berlaku dalam perjalanan cerita novel ni, just layan jer.

Cerita berkenaan puak-puak kucing yang hampir musnah akibat peperangan  yang berlaku ribuan tahun yang lampau. Generasi-generasi yang tinggal dari puak-puak kucing yang berkenaan bangkit kembali untuk mencari dan membantu Pemusnah Dunia dan juga Penyelamat Dunia melaksanakan tugas-tugas mereka berpandukan Kitab Pasir Putih dan Kitab Pasir Hitam. Berjayakah mereka? Apakah akan berlaku sekali lagi peperangan di antara puak-puak kucing ini? Seronok juga layan cerita ni...

Actually, aku beli novel ni untuk Ayee... lepas dia baca, he recomended me to read it. Biasalah dia... nanti kalo dia nak comment apa-apa, mesti dia libatkan aku sekali... hehehe!

Posted at 4:24 pm by MamaErra
Make a comment  




Friday, October 30, 2009
TUHAN LEBIH TAHU - Nora Ismail



Sinopsis...
Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dalam hidup, bagaimana kita mencaturnya...

Ulasan...
Walaupun kawan baik tapi bila sudah berduaan terutamanya berlainan jantina pasti ada yang ketiga (syaitan) yang akan menghasut ke arah perlakuan yang tidak baik dan itulah yang terjadi kepada Rina dan Hazry. Azfarel  dan keluarganya menjadi penyelamat kerana sudi menerima Rina yang telah dibuang oleh keluarganya sendiri ekoran dari peristiwa hitam tersebut. Apakah kasih Rina terhadap Azfarel akan berubah setelah Hazry muncul kembali selepas lebih enam tahun mereka hidup bahagia bersama? Sanggupkah Azfarel mengorbankan segalanya setelah mengetahui yang umurnya tidak akan panjang apabila disahkan penyakit tumornya  yang lalu telah menyerang kembali? Hanya... 'Tuhan Lebih Tahu...' yang boleh menjawab semua persoalan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Nora@Rose kerana berjaya membawa aku 'menyelami' watak-watak utama dalam novel ini dan menjadikan aku agak beremosi terutamanya ketika membaca konflik-konflik yang berlaku di dalam perjalanan ceritanya dan sekali gus mendorong aku untuk menamatkan pembacaan secepat mungkin kerana ingin mengetahui kesudahannya.

Posted at 11:28 am by MamaErra
Make a comment  




Monday, October 26, 2009
AKU ADA KAMU - Lily Haslina Nasir



Sinopsis...
Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yang lain. 

Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati. 

Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga... Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila.

Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.

Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.

Ulasan...

Sofi Aidura yang cantik, sentiasa lincah dan aktif membuatkan dia digilai oleh ramai lelaki di kampusnya. Dia akan melayan setiap ajakan mereka sehinggakan ada yang tidak senang dengan tabiatnya. Namun Hisham saja yang bertahta di hatinya. Hisham menjadi insan yang paling rapat untuk dikongsi kisah suka dan duka. Malah, Hisham sabar melayan karenah Sofi Aidura sejak kekasihnya, Jamal meninggal dunia dan abangnya, Hafiz yang berkahwin dengan wanita Jerman dan terus menetap di sana.

Hisham dan Sofi Aidura berkahwin juga. Perkahwinan mereka diduga dengan bermacam-macam insiden yang diselitkan dengan unsur-unsur mistik. Semuanya kerana gara-gara Sheila, rakan sepejabat Hisham yang meminatinya sehingga sanggup berbuat apa saja termasuk menggunakan ilmu hitam, asalkan Hisham jatuh ke tangannya. Dalam masa yang sama, ayah Sofi Aidura mempunyai 'saka' yang secara tidak lansung menjadi 'penjaga' keluarga mereka termasuklah Sofi Aidura. Kalau ada sesiapa yang membuat sesuatu kesilapan dan menimbulkan kemarahan Sofi Aidura, maka orang itu akan menerima balasan dari 'penjaga'nya. Seram gak dibuatnya... Kalau nak tahu apa yang berlaku, bacalah novel ni. Apakah hajat Sheila tercapai? Apa pula yang berlaku dengan perkahwinan Hisham dan Sofi Aidura? 

Novel ini punya kelainan dari novel-novel Lily yang terdahulu. Ianya menyelitkan unsur-unsur mistik, lucu dan romantis yang berjaya membuai perasaan aku tika membacanya, kerana itulah agaknya aku boleh menghabiskan pembacaanku  hanya dalam sehari jer.

p/s Maaf Lily kerana lewat membuat ulasan tentang novel ni, tidak seperti mana yang dijanjikan semasa kita bertemu di PBAKL hari tu. Kesibukan membuatkan aku asyik bertangguh-tangguh je walaupun aku sudah khatam membaca novel ini sehari sebelum kita berjumpa.

Posted at 11:13 am by MamaErra
Make a comment  




Friday, October 23, 2009
TELUKI ITU UNTUK AKU - Nazawati



Sinopsis...
perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?

Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau! Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!

Bahtera ini, arah kita tak serupapadamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

Ulasan...
Aku suka novel ini seperti mana aku suka dengan novel pertama penulis yang berjudul Kembalikan Kasihku. Jalan ceritanya yang santai tapi boleh menerbitkan pelbagai perasaan terutamanya konflik antara Firdaus dan Seri yang amat menyentuh hati. Aku suka dengan watak Seri Kurnia, merupakan seorang wanita yang tabah dan teguh pendiriannya, berfikiran positif walaupun ada ketika dia tewas dengan emosinya sendiri, namun dia tidak membiarkan dirinya tersasar dalam melayan pergelutan emosinya itu. Cuma watak Ajmal tu menimbulkan persoalan di minda, mengapa dia boleh jadi begitu?




Posted at 10:41 am by MamaErra
Make a comment  




Sunday, August 02, 2009
BIARLAH YM BERBICARA - Hani Ramsul



Sinopsis...
BANG KAMAL... Walaupun... segunung cinta yang kau hadiakan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...

ENCIK FIRDAUZ... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta mengapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...

CHARMING... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sunggu aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjad suri di hatimu...

AKU... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagi pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...

Ulasan... 
YM atau Yahoo! Messenger menjadi perantaraan antara Adiya Fatiha @ 'Ugly Betty' bersama 'Charming'nya. Adiya Fatiha rasa bahagia berbual dengan Charming yang tak pernah diketahui nama dan rupa sebenar kawan mayanya itu. Perasaan bahagianya terganggu bila Abang Kamal hadir untuk menagih kasih darinya. Dalam masa yang sama, kelainan sikap ditunjukkan oleh bosnya, Encik Firdaus juga telah menimbulkan kekalutan di hati Adiya Fatiha. Seolah-olah lelaki itu juga ingin meraih cinta darinya. Siapakah yang akan dipilih oleh Adiya Fatiha? Bagaimana pula dengan 'Charming'nya, dapatkan dia mencari identiti kawan mayanya itu? Nak tahu jawapannya, mestilah kena baca novel ini kan?

Tak rugi tau... Baca tajuk je, sudah nampak ada kelainannya pada novel ini. Aku tak pernah lansung baca e-novelnya sebelum ini. Bila dengar komen dari rakan-rakan, teruja juga untuk membacanya. Aku pasti anda akan tersenyum sendirian kala membacanya, banyak fragmen-fragmen kelakar diselitkan dalam novel ini yang disampaikan dengan penggunaan bahasa santai dan mudah difahami... terutamanya golongan muda remaja. 

Posted at 1:24 am by MamaErra
Comments (2)  




Saturday, August 01, 2009
DEDALU DI HATI - Anita Aruszi



Sinopsis...
Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas-puas dia menatap wajah gadis itu. Wajah Aleya kelihatan comel dalam tidurnya. Mengingatkan peristiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang...

Irina memerhati gerak-geri Hadzril yang tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan wajah Hadzril. Dari kening lebat itu sehinggalah ke tulang pipi dan bibir Hadzril, segala-galanya cukup indah baginya. Wajah tampan itulah yang diinginkan menjadi pelindung dalam hidupnya. Dia ingin tua bersama Hadzril. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu. Itulah impiannya, itulah harapannya.

Ulasan...
Ini novel yang ke-3 hasil karya penulis ini telah aku baca. Aku suka dengan jalan ceritanya, gaya penulisan yang mudah dan senang difahami. Sepanjang pembacaan, macam-macam perasaan yang timbul di hati - geram, marah, sedih, bahagia, gembira, kasihan, dll. Baik baca dulu kalau nak tahu kesudahan konflik di antara Hadzril dengan Alyea dan Irina. Siapakah yang bakal menjadi suri hidupnya?

Posted at 11:58 pm by MamaErra
Comments (3)  




Friday, July 31, 2009
MIKHAIL - Ramlee Awang Murshid



Sinopsis...
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Ulasan...
Kalau dah minat tu, bila tahu saja ada novel baru hasil karya RAM ianya akan membuatkan aku tak ingin memiliki novel tersebut dengan segera, terus membacanya dan kalau boleh ingin  menghabiskan pembacaan dengan secepat mungkin. MIKHAIL juga tak terkecuali. Bagi peminat RAM, pasti mereka sudah tahu yang novel beliau termasuk dalam genre apa kan?

Kali ini jalan ceritanya agak lebih ke'brutalan'nya kerana kebanyakkan jenayah yang terjadi di dalam novel ini dilakukan oleh mereka yang tidak punya perasaan peri kemanusiaan... boleh diibaratkan seperti robot, melaksanakan setiap arahan yang diberi mengikut yang disuruh dan akan memastikan misi yang diberi terlaksana jika gagal, mereka perlu memusnahkan diri mereka sendiri sebagai hukuman. Mereka yang diberi nama 'Mikhail' ini telah di'didik' dengan cara sedemikian dan amat taat dengan perintah  ketua mereka. Perasaan suspen, ngeri, takut dan bermacam-macam lagi mula menyelubungi minda aku tika membacanya. Namun begitu masih ada sekelumit perasan suci dan murni yang sememangnya telah lama terselit di sudut hati Mikhai yang seorang ini sedari kecil lagi.

Berjayakah dia mencari identiti dirinya yang sebenar? Siapakah yang bertanggung jawab menjadi dia begitu? Baca dulu baru tahu apa kesudahannya. Apa-apa pun novel ini memang best... dan telah menambahkan koleksi novel RAM di rak buku aku. Hehehe....

Posted at 11:58 pm by MamaErra
Make a comment  




Thursday, July 30, 2009
VIVA SAKURA - Zuliana Abuas



Sinopsis...
Sakura Alia - secantik namanya dan sesuci kelopak sakura yang memutih. Di bumi ginseng, Korea, dia mencari secarik kepastian, biar dalam kepayahan. Dia perlu membongkar memori silam yang telah jauh dibenamkan oleh ayahnya sendiri, atas alasan sayang dan tidak mahu melukakan dirinya. Begitu jauh dia berkelana, dia tidak pernah menyangka pencariannya bernoktah begitu sahaja. Orang yang dicari sebenarnya sudah tiada. Namun dalam pencarian itu dia menemui sesuatu yang akan merubah hidupnya...

Semakin dia membenci semakin terasa cinta itu bertambah dalam.

Ulasan...
Negara Korea menjadi lokasi utama dalam novel ini, dengan jalan cerita yang santai dan bersahaja, diselitkan dengan adegan komedi romantis yang mencuit perasaan memberikan kelainan pada novel ini dan menarik untuk dibaca. Tatkala aku membaca novel ini... fikiran aku sentiasa melayang mengingati semula drama-drama korea yang pernah aku tonton. Aku mula membayangkan wajah-wajah pelakon lelaki korea yang aku minati dan secara tidak lansung memegang watak hero dalam novel ini... hehehe! Walaupun ini novel pertama penulis, namun beliau berjaya memberi kelainan kepada pembaca. Taniah kepada penulis.

Posted at 12:22 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, July 29, 2009
ANDAI ITU TAKDIRNYA - Siti Rosmah



Sinopsis...
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama yang merupakan rakan sekuliahnya di Universiti, Syed Aizril. Syed Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis, limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri.



Ulasan yang aku cedok dari internet*...

*(kredit untuk Goodreads & Kedai Buku.net)


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


Ulasan MamaErra...
Kemaafan dipohon dari semua yang berkunjung ke sini. Kesibukan kerja yang buat aku tidak punya banyak masa untuk meneruskan pembacaan seperti biasa serta terus membuat ulasan di sini. Kekangan masa ini juga yang buat aku terpaksa mencari ulasan dari mereka yang pernah membacanya di alam maya. Apa yang boleh aku katakan, novel ini memang BEST... pelbagai emosi yang menyentuh jiwa timbul ketika membacanya dan patutlah ianya telah diulang cetak beberapa kali.

Posted at 10:26 am by MamaErra
Comments (2)  




Monday, June 15, 2009
SETIAP JUMAAT - Norhayati Berahim



Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita….

Persahabatan itu telah menjadi racun.
Kalau novel NB, laju je aku membacanya. Tak kisahlah apa pun jua ceritanya dan selalunya banyak pengajaran yang aku perolehi dari jalan cerita yang disampaikan. Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan juga keluarga. Kita sebagai anak, kadang-kadang tidak memahami kenapa ibubapa kita berbuat demikian dan bila ianya tak serasi di hati, kita mula menyalahkan dan menghukum mereka. Sekali gus... kerana menurut gelodak hati muda, tanpa disedari kita telah melukakan hati mereka. Setiap novel NB pasti ada menyelitkan kisah-kisah yang sering berlaku dalam masyarakat dewasa ini.

Posted at 11:40 pm by MamaErra
Comment (1)  




Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed