MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....

   

<< May 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, December 30, 2008
CHINTA - Norhayati Berahim



Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai satu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya.

Usai membaca novel ini, aku cuba mencari-cari apa saja fakta/sebab yang boleh dijadikan jawapan kepada soalan kuiz yang dianjurkan oleh NB sendiri... teruja sangat sehinggakan aku boleh habis membacanya dalam masa yang begitu singkat sekali. Tapi pencarian aku sia-sia saja... sukarnya untuk aku mencari kekurangan di dalam novel NB kali ini. NB sudah kembali menyengat. Novel ini sarat dengan kisah hubungan kekeluargaan dan konflik kasih sayang yang diselitkan dengan unsur humor dalam persembahan jalan ceritanya. Kekuatan watak Chinta disokong bersama watak-watak utama yang lain telah berjaya menyampaikan mesej yang baik  melalui plot & jalan cerita serta bahasa santai yang mudah difahami dan dijiwai. Apakah pengakhiran cerita di antara Akid dan Chinta? Jawapannya ada dalam novel ini.

Posted at 6:36 am by MamaErra
Comments (6)  

Wednesday, December 24, 2008
DOA UNTUK AKU - Bahruddin Bekri



"Menarik juga cadangan kau. Mungkin dapat membantu aku menghadapi peperiksaan akhir. Masalahnya di mana kita mahu mencari 40 dia itu?" soal Adly.

"Aku ada. Aku doakan kau sebanyak 40 kali. Nanti dapatlah kau menghadapi peperiksaan akhir dengan cemerlang," jawab Kassim kembali. Dia tersenyum.

"Kau doakan aku sebanyak 40 kali?" Hmm... begitu sahaja?"

"Aku keliru. Adakah maksud 40 doa itu adalah 40 kali doa daripada orang yang sama, ataupun 40 kali didoakan oleh orang berlainan?" Adly kembali menyoal. Fikirannya kembali kusut.

"Err... aku pun tak pasti. Rasanya dua-dua sekali, 40 kali doa daripada 40 orang berlainan. Nanti kita tanyalah sesiapa. Tentu ada orang yang lebih arif fasal hal ni," cadang Kassim lagi.

Adly membesar bersama keyakinan hidupnya dirahmati dengan adanya doa daripada ibunya. Kematian ibunya membuatkan Adly kehilangan 'senjata'. Apa yang dapat menggantikan doa ibunya? Lalu bermula pencarian Adly mencari 40 doa.

Seronok membaca novel ini. Tak kering gusi aku membaca kisah Adly dalam melaksanakan misi 40 doanya dan juga aktiviti-aktiviti menyiapkan tugasan universiti bersama ahli kumpulan Amin bin Damit yang membuatkan mereka terjebak dengan komplot Geng Nama Indah (GNI). Lawak-lawak dalam novel ini bukan lawak kosong semata, setiap pembaca novel ini pasti terhibur dengan kisah lawak yang mengandungi mesej-mesej yang berguna seperti tentang rajin berdoa, tentang keyakinan dan tidak putus asa pada rahmatNYA, mesej tentang makna sebuah kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan rintangan dan novel ini amat sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja. Berbaloi untuk dijadikan koleksi. Lepas ni aku nak cari Dunia Ini Sederhana Kecil lak.

p/s Pertama kali membaca novel terbitan PTS O.N.E Sdn Bhd. Saja nak beralih angin dan sebenarnya aku lebih cenderung untuk membaca karya penulis lelaki untuk mencari kelainan.

Posted at 10:32 am by MamaErra
Comments (4)  

Thursday, December 18, 2008
HIJAB SANG PENCINTA - Ramlee Awang Murshid


Blurb:

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir.  Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


Usai membaca novel ini, aku rasa puas dengan perjalanan cerita trilogi ini. Hebatnya watak Saifudin @ Laksamana Sunan. Banyak yang aku pelajari dari novel ini, terutamanya tentang keyakinan hati kpd RABB, tawakal yg tinggi, kesungguhan dalam beribadah, serta mendekatkan diri kpdNYA... mampu mencipta benteng pertahanan nurani dan jasmani dari segala unsur jahat di muka bumi. Setiap kebaikan itu pasti menang. Aku juga teruja dengan kisah Ashabul Kahfi yang berlulang yang berlaku di dalam trilogi ini... Sebenarnya tak cukup  sekali aku membaca ketiga-tiga novel ini. Memang best!

Posted at 12:08 am by MamaErra
Comment (1)  

Friday, December 12, 2008
PANGGIL AKU DAHLIA - Noor Suraya

 

"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!" puji ayah tiba-tiba. 

Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah? 

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!  

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.   

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?  Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?     

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Kalau Kak Su yang menulis, memang aku akan cuba menghabiskan membacanya secepat yang boleh dan sekejap je aku dah khatam... Tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya. Yang aku tahu, ianya pasti tidak akan mengecewakan. Sudah lama aku merindui bahasa-bahasa puitis Kak Su... membuai hati, melayan perasaan buat aku tidak mahu miss biar pun sepatah perkataan. Tak syok nak ulas panjang-panjang... baca sendiri lagi baik kalau nak tahu cerita selanjutnya... apa yang aku boleh katakan, memang best!

Posted at 1:01 am by MamaErra
Comment (1)  

Saturday, December 06, 2008
TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG - John Norafizan



Untuk sebuah cinta, aku sanggup menghadapi seribu luka...

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindukan masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. Kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu, adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar sahaja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagiaan semula?

Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan di antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan bernama Jeslina...


Selesai membaca novel ini, aku rasa ianya adalah sekuel dari novel Sempadan Tanpa Seri. Menceritakan tentang kepayahan Jeslina mengharungi kehidupan bersama anaknya setelah kematian suami tersayang. Siapa pula Father Rodriguez di dalam hidup Jeslina? Kemunculan Asmawi telah menimbulkan ketidaksenangan hati Father Rodriguez tetapi pada Jeslina dan anaknya, Asmawi dianggap sebagai satu bintang yang menyinari hidup mereka. Dapatkah Asmawi menerima mereka?

Posted at 12:56 am by MamaErra
Make a comment  

Thursday, November 27, 2008
SELAGI ADA DIA - Aisya Sofea



"Aku sering membina angan. Membina istana indah. Dia sebagai raja dan aku sebagai ratu. Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil, namun aku tahu... dia akan sentiasa di sisi dan mencintaiku selamanya."

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?


Arianni terkejut bila mengetahui lelaki yang dikatakan kekasih kakak sendiri telah jatuh hati kepadanya. Namun Arianni tidak dapat mengelak. Cinta itu lahir tanpa dipaksa tetapi Arianni terpaksa mengorbankan cintanya demi menjaga hati Malini dan juga orang tuanya. Oleh itu Arianni membawa dirinya ke luar negara.

Arianni kembali ke tanahair kerana ayah dan ibunya. Perkenalannya dengan Idris bukan hanya setakat di dalam kapal terbang... mereka tetap berhubung walaupun atas dasar 'adik abang' pada permulaannya... tetapi akhirnya melibatkan hati dan perasaan. Dalam masa yang sama, Haris datang menagih semula cintanya dari Arianni. Dapatkah Arianni menerima  lelaki yang tak tetap pendirian itu? Apa pula yang terjadi kepada Idris...? *aku suka dengan keromantisan Idris* Terharu dan menitik air mata membaca novel ini tau!

~dee~ Siapa yang biasa membaca karya Aisya Sofea tentu perasan yang salah seorang karakter dalam novelnya pasti punya lesung pipit...

Posted at 1:17 pm by MamaErra
Comment (1)  

Wednesday, November 19, 2008
SEMPADAN TANPA SERI - John Norafizan



Sinopsis:

Betapa dia bahagia di sini... Putih salji telah menyaksikan tingginya nilai persahabatan, keikhlasan yang muncul di celah-celah kuntuman tulip sega. Dia bahagia tatkala melihat guguran daun yang memenuhi jalanan kerana pabila musim panas muncul, segala-galanya kembali nyata. Cintanya jua berputik di sini... mekar bersama musim yang silih berganti... Lantas dia alpa pada duri-duri yang menanti, pada duka dan sengsara yang cuba dihindari... pada petaka yang menjadikan dia hilang hakikat diri...

Sedari kecil dia terpinggir untuk merasai kasih sayang dari ibu kandungnya sendiri. Terasa  dibenci oleh ibu sendiri. Dia tercari-cari sebabnya mengapa dia diperlakukan sedemikian rupa. Kekecewaan telah membawa dirinya jauh ke bumi ratu. Di sana dia bahagia... Tatkala pulang ke tanahair kerana ingin memperkenalkan permaisuri hati kepada ibunya, di situ jugalah terlerai segala kekusutan tentang mengapa ibu begitu 'benci' terhadap dirinya... dapatkah Asmawi menerima kenyataan itu? Bagaimana pula dengan Elizabeth? Kalau aku di tempat Asmawi... mahu gila aku dibuatnya...

Posted at 12:23 am by MamaErra
Make a comment  

Tuesday, November 11, 2008
SETEGUH KASIH AINA NAJIHAH - Dina Najat


Aina Najihah membesar di rumah anak yatim. Apabila dewasa, Aina Najihah menyimpan perasaan cinta terhadap Ameer Mulhim, ketua warden di asrama anak Darul Fikriyah.Biarpun sering bertemu , mereka tidak pernah mengungkap perasaan masing-masing. Dalam masa yang sama Aina Najihah berkerja di sebuah hotel yang di tadbir oleh Encik Khairul. Encik Khairul tidak senang dengan Aina Najihah yang merupakan pekerja kesayangan ibunya. Aina Najihah telah dipecat dari jawatan Ketua Pegawai Pemasaran kerana fitnah. Dia bagai jatuh ditimpa tangga apabila Ameer Mulhim bertunang dengan wanita lain. Dalam masa yang sama, Aina Najihah didatangi seorang makcik yang mengaku pernah memelihara Aina Najihah semasa kecil. Makcik itu memulangkan seutas rantai lama kepada Aina Najihah kononnya rantai itu milik ibu Aina Najihah. Sejak dari hari itu, Aina Najihah sering mengalami mimpi yang pelik. Dia sering sakit. Bagaimana Aina Najihah melalui dugaan yang menimpanya?

Pelbagai konflik serta isu percintaan, kemasyarakatan, kerjaya dan misteri yang melanda Aina Najihah Binti Abdul Fattah. Selamat membaca.

Sumber: http://www.kakinovel.com


~dee~ Novel ini banyak memotivasikan aku tentang kehidupan... banyak perkara yang kita tak tahu tentang hidup ini.

Posted at 11:59 am by MamaErra
Make a comment  

Tuesday, October 28, 2008
INTAN DELILA - Siti Rozilah



TEMAN, sesungguhnya aku cuba untuk menjadi terbaik di sampingmu. Tapi Camelia, entah kenapa engkau tak pernah menyukaiku. Tak pernah menilai kehadiranku di sisimu sebagai seorang sahabat. Walau puas aku berusaha memenangi hatimu. Walau puas aku bersabar dengan kerenahmu. Segala apa yang aku miliki, kau cuba merampasnya dari tanganku.

TEMAN, tidak cukupkah derita yang kau taburkan setelah berjaya merampas Iman Daniel dari tanganku? Tidak cukupkah segala yang kau lakukan untuk melukakan hatiku?

DAN, tatkala aku sedang cuba menggapai bahagia dengan cinta baruku, kau tiba lagi dengan selaut dendammu. Kau tega mengirai-ngirai maruahku di hadapan seluruh ahli keluargamu. Kau tidak mahu melihat aku bahagia.

TEMAN, kenapa kau sering menuding jari tatkala kau gagal mendakap kebahagian? Kenapa kau sering menyalahkan orang lain sedangkan kau tak pernah menilai dirimu sendiri?

AKU memohon padamu duhai teman, biarkanlah aku sendiri. Biarlah aku susuri sisa-sisa hidup ini dengan secebis ketenangan. Adakah terlalu sukar untuk kau mengerti...
Dendam kesumat. Itulah yang bertahta di hati Camelia terhadap Delila. Padanya penderitaan yang dialami semuanya berpunca dari Delila. Suaminya meninggal dunia pun kerana Delila. Bagi Delila pula, dia telah berkorban segalanya agar Camelia bahagia termasuklah merelakan kekasih hatinya berkahwin dengan Camelia. Namun Camelia tak pernah puas hingga sanggup menabur fitnah yang mengaibkan terhadap Delila kerana dia tidak mahu melihat Delila bahagia bersama abangnya. Klise... setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya... Bacalah kalau nak tahu kesudahan cerita yang berlaku pada Delila...

Posted at 12:40 am by MamaErra
Make a comment  

Friday, October 24, 2008
MAHLIGAI - Salina Ibrahim


Mampukah dibebat hati yang luka berdarah ini...

Eleena lari meninggalkan tanah air tatkala diri tidak mampu melihat kekasih hati bersanding dengan teman baik sendiri. Di sana... dingin salji tidak mampu memadamkan ingatannya kepada Ezalee. Lalu pulangnya menjadi pelarian, lari dari Ezalee yang terus-terusan memburunya.

"Menerima orang baru tak bermakna kita menafikan kebaikan orang lama. Masing-masing ada keistimewaan. Memanglah patah tumbuh hilang berganti. Memang yang baru tumbuh, tak sama dengan yang lama. Tapi tak mustahil yang baru itu lebih baik daripada yang lama."

Perasaan cinta perlu diluahkan. Cinta yang terpendam  lama-kelamaan akan memakan diri dan akhirnya diri sendiri yang menderita. Itulah yang berlaku kepada Eleena dan Ezalee. Walaupun telah berkahwin, Ezalee tetap menyintai dan masih mengharapkan Eleena. Dia tidak dapat membohongi dirinya lalu mendorong untuk berterus-terang dengan Eleena. Pada mulanya Eleena bahagia dan sudi untuk menerima Ezalee dalam hidupnya. Namun, Eleena sedar yang dia tidak sanggup untuk melukakan hati kawan baiknya dan sekali lagi dia lari membawa diri jauh dari mereka berdua. Adakah Eleena menemui kebahagian di sana? Dapatkah dia melupakan Ezalee dan menemui cinta baru?

Posted at 7:49 am by MamaErra
Make a comment  

Previous Page Next Page