Monday, June 15, 2009
SETIAP JUMAAT - Norhayati Berahim



Hidup di negara orang memang payah. Apatah lagi di Negara Jepun yang rumah sewanya hanya sekangkang kera. Benar kata orang, biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Negara sendiri lebih indah. Tetapi kerana dendam, payah dan gundah, suka atau tidak, Jasmine gagah mengharungi sendiri. Bertahun berlalu, marah pada emak tidak pernah surut. Memang tidak ada haramnya emak berkahwin lain, tidak ada hinanya. Ayah pun sudah meninggal dunia. Tetapi apa perlunya emak berkahwin dengan lelaki bujang? Namun Jasmine tidak tahu, ada rahsia sebenarnya yang emak tidak mahu cerita….

Persahabatan itu telah menjadi racun.
Kalau novel NB, laju je aku membacanya. Tak kisahlah apa pun jua ceritanya dan selalunya banyak pengajaran yang aku perolehi dari jalan cerita yang disampaikan. Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan juga keluarga. Kita sebagai anak, kadang-kadang tidak memahami kenapa ibubapa kita berbuat demikian dan bila ianya tak serasi di hati, kita mula menyalahkan dan menghukum mereka. Sekali gus... kerana menurut gelodak hati muda, tanpa disedari kita telah melukakan hati mereka. Setiap novel NB pasti ada menyelitkan kisah-kisah yang sering berlaku dalam masyarakat dewasa ini.

Posted at 11:40 pm by MamaErra
Comment (1)  




Wednesday, April 15, 2009
SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU - Nas Alina Noah



Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula... yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlaku terus begitu... terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadikan kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati...

Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.

Abang walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila.

Dalam diam, Addam dan Qisti jatuh cinta dan kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mereka mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, status Qisti terbongkar dan membuatkan Addam menjauhi Qisti. Ekoran dari hal itu, Addam telah didesak oleh ibunya, Maria untuk mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna. Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti. Untuk menghalang perasaan itu, Addam telah memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti dan Qisti juga menyetujuinya. Bagaimana kesudahan kisah cinta Addam dan Qisti? Bahagiakah mereka melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?

Posted at 12:47 am by MamaErra
Comments (4)  




Thursday, April 09, 2009
PERSONAL JUSTICE - Ramlee Awan Murshid



When Hilman met his daughter Jeslina in New York, after years of separation, they were both happy beyond compare. However, their happiness were short-lived when they were involved in road accident.

Jeslina went into coma while Hilman was accused of drunk driving. In that chaotic situation, Mia Sara, an officer from Malaysian Embassy in Washington D.C, appeared. With her help, Hilman was advised to appear in court.

But, when Hilman found out about a conspiracy to hide the real cause of accident, he decided to seek justice on his own.

As a sharpshooter in the Malaysian Royal Police, survival was his playground. His investigation on the conspiracy, finally, led him to the White House!

And, Hilman was never in awe standing before its door...

ADAM adalah dalam versi Melayu. Saja je aku nak baca dalam versi Inggeris pula, nak berubah angin. Kalau dah hasil nukilan RAM, tak perlulah aku nak komen banyak kat sini. Mungkin setengah orang akan kata aku ni 'bias' sebab aku peminat hasil karya penulis ini tapi pada aku novel-novel beliau memang best. Tak sabar lak nak baca novel terbaru beliau - 'Mikhail'.

Posted at 6:43 pm by MamaErra
Make a comment  




Friday, April 03, 2009
SERASI DI HATI - Nora Ismail



Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih... Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.

Novel terbitan NB lagi. Entah mengapa, aku tiba-tiba bersemangat untuk membaca semua novel baru NB yang ada di dalam gerobok aku tu. Cam maraton lak ek? Novel ini boleh dikategorikan 18SX kot... sesuai dibaca oleh pasangan yang akan dan sudah pun mendirikan rumahtangga. Banyak perkara yang kita terlepas pandang yang berlaku di dalam institusi perkahwinan itu, yang mengakibatkan ikatan perkahwinan itu goyah. Ada setengah perkara itu dianggap remeh tetapi tanpa disedari, perkara yang remeh itulah yang lama-kelamaan menjadi nanar dalam hubungan suami isteri. Ini jelas aku lihat dalam hubungan Edrinaz dengan suaminya, Azman. Si isteri selalunya cuba sedaya-upaya bersabar dan beralah kerana tidak mahu hubungan mereka menjadi hambar dan retak tetapi kekadang keegoan si suami itu yang memusnahkan segalanya. Perempuan, sekali mereka terluka, memang payah untuk diubati semula. Apakah Azman berjaya memujuk Edrinaz kembali semula kepadanya? Apa pula yang berlaku pada hubungannya dengan Zarul setelah Edrinaz memberikan harapan kepada lelaki itu?

Posted at 12:00 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, March 24, 2009
CINTA LELAKI - Nurasikin Arsad



Kata orang, lelaki memang banyak pilihan dalam bercinta. Kerana mereka yang akan memilih bukannya dipilih. Benar, tetapi untuk memilih bukan sesuatu yang mudah. Walau banyak yang datang, ramai yang disukai, belum tentu ada yang lekat di hati. Begitu juga Hadi. Bagi lelaki itu, yang disukai memang ramai, yang dicintai itu yang dicari. Kadangkala dia  terpedaya. Itulah kata orang, terlalu sangat memilih... akhirnya diri yang terkena. Mampukah Hadi mencari cinta sejati? Siapakah yang berjaya memperdayakannya? Siapakah yang menjadi pilihannya?

Ini karya penulis baru NB yang ke-3nya. Aku baru je habis membacanya. Banyak yang aku pelajari tentang lelaki dalam novel ini. Kekadang lelaki ni cepat terpedaya dengan apa mereka nampak di depan mata terutamanya kecantikan. Mereka ini selalunya rambang mata. Tak cukup dengan satu. Tapi bila dah berlaku sesuatu, barulah timbul penyesalan. Masa itu baru mereka sedar yang mereka telah  kehilangan akan sesuatu yang berharga yang mereka tidak nampak sedari mula lagi. Tapi itu hanya pandangan aku je kerana tak semua lelaki begitu...

Posted at 12:00 am by MamaErra
Comments (4)  




Monday, March 16, 2009
BELAHAN JIWA - Zara Aluwi



Mereka semua dicintai dan disayanginya.  Namun takdir Tuhan,seorang demi seorang dijemput Illahi dengan alasan tersendiri.  Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang.  Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan.  Cuma Anne tidak sedar… dugaan ada di mana sahaja.  Dan sekali lagi dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan seorang lagi belahan jiwanya…

Karya penulis baru kedua terbitan NB Kara selepas Sarnia Yahya. Jalan ceritanya biasa-biasa saja... Cerita tentang ketabahan seorang anak yatim piatu bersama anak buahnya dalam mengharungi onak dan duri kehidupan dari kecil hinggalah dewasa. Penulis menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah dalam penceritaannya. Satu permulaan yang baik bagi penulis baru...

Posted at 5:22 pm by MamaErra
Make a comment  




Sunday, March 08, 2009
KAULAH SATU - Fatin Nilam Sari



Sinopsis:

Apa ertinya cinta jika tiada kesetiaan, tiada rindu dan tiada dendam. Cinta itu paduan semua perasaan. Cinta Halim sentiasa beralih dari satu wanita ke satu wanita. Anisa Camylia tersepit di antara cinta wanita-wanita yang dicintai papanya...

Akan terleraikah segala tekanan yang dialami apabila ketemu dengan Jay, pemain piano muda yang kacak dan berkarisma... Akhirnya dia sanggup berkorban dan menyerahkan nyawa bagi membuktikan kesucian cinta.

Penceraian, yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Kadangkala anak-anak ini tidak dapat menerima bila salah seorang dari ibu atau bapa mereka berkahwin lagi dan membuatkan mereka membuat sesuatu yang tidak dijangka kerana ingin menunjukkan yang mereka memprotes akan tindakan ibubapa mereka itu. Ini kerana mereka tidak mahu kasih sayang yang patut mereka tidak mahu berkongsi kasih bersama ibu atau bapa tiri. Itulah yang dilakukan oleh Anisa Camylia, dia sanggup membuat agar dirinya seolah-olah terlepas keretapi hanya kerana tidak mahu menghadiri majlis perkahwinan bapanya dengan ibu tiri. Tapi siapa sangka di stesen keretapi juga dia bertemu dengan jejaka idaman.

Posted at 5:19 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, February 25, 2009
SALJU SAKINAH - Zaid Akhtar



Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.

Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.

Sumber:
http://www.e-kedai.net/index.php?product_id=1087&target=products

Salju Sakinah adalah novel bersiri yang pernah tersiar di Ruangan Agama Utusan Malaysia setiap Isnin-Rabu sepanjang tahun 2005.

Rasanya sinopsis di atas sudah cukup untuk menceritakan tentang novel ini. Macam yang pernah aku katakan, aku agak malas nak mengulas novel-novel yang telah aku baca. Kekangan masa juga yang buat aku jadi begini agaknya?

Nyata sekarang aku lebih cenderung untuk membaca karya penulis lelaki. Mencari kelainan dalam penyampaian cerita kerana gaya penulisan mereka. Gaya penulisan mereka berbeza.

Itulah kan, selera kita berubah-ubah. Dan inilah yang berlaku pada aku buat masa ini.

Posted at 7:50 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, February 11, 2009
KEBUN MIMPI - Noor Suraya, Syud & Rnysa


Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya  

Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu. 
Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.
 

Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud 

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.  

Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!
 

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa 

"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, 'dia' boleh terbang..." balas Ehsan. 
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa. 

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah. 

                                                    ***


Ntah kenapa, lately ni malas benar nak tulis review tentang novel yang telah aku baca. Malas ke? Eh bukan malas, tak ada banyak masa sebenarnya. Dapat menghabiskan sebuah novel sebulan pun dah cukup baik. Pasal Kebun Mimpi ni... laju je aku baca sambil curi-curi di waktu rehat kat ofis sebab tak sabar nak tahu kesudahannya. Sanggup tak nak pergi makan tengahari tu.Teruk kan aku ni? Sampaikan ada yang bertanya, apa pasal aku asyik tersenyum je bila baca novel ni. Memang menghiburkan... gitu gak dengan Tas Merah Jambu tu. Tapi cerita Albatros tu aku slow sikit sebab otak aku agak 'konpius' untuk 'catch-up' jalan ceritanya iaitu dua kisah yang punya kaitan... walaupun jalan ceritanya yang berbeda.

Posted at 6:21 am by MamaErra
Make a comment  




Thursday, January 08, 2009
L.U.V.E - Pingu Toha



The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy
   Siapa yang harus dipilih?

Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!   

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love.

Lalu bagaimana?


Aku baru je habis membaca novel ni. Walaupun novel ini agak nipis tapi aku mengambil masa juga untuk menamatkan pembacaan. Namun begitu, ada kelainan dengan penyampaian dan jalan ceritanya. Menarik! Aku ni bukan tak mahu mengulasnya dengan lebih lanjut tapi apa yang aku nak ulas lebih kurang sama je dengan apa yang telah diulas oleh Hantu Novel...

~dee~ Sebenar-benarnya, sejak dua menjak ni aku memang tak ada mood lansung untuk membaca dan mengulas novel.

Posted at 10:02 am by MamaErra
Make a comment  




Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed