Friday, June 01, 2007
CINDERELLA CINTA - John Norafizan

"Mia anakku…kau tidak boleh selamanya merindui sesuatu yang dah tiada. Kau harus melangkah ke depan, melihat ke depan kerana di depan saja kau boleh mencari dan mendapatkan kebahagiaan. Tak ada kebahagiaan pada kenangan. Yang ada cuma kepedihan!"

Novel kedua JN aku baca selepas Sempadan Tanpa Seri. Jalan cerita yang bagus. Membaca kisah cinta Lara Mia dan Edri mengingatkan aku akan kisah Uda dan Dara, Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet. Aku kagum dengan kesetiaan cinta Lara Mia terhadap Edri. Hatinya lansung tidak terbuka untuk Victor Adam, walau pun telah berkali-kali lelaki itu bersumpah dan berjanji yang dia sanggup berbuat apa saja asalkan Lara Mia bahagia.

"...Kadang-kadang apa yang kita sangka cinta adalah air mata yang berkilau dengan keindahan. Tapi tak lebih daripada kepedihan hakiki..."

Bernaung di bawah payung Mercy Manchester, Lara Mia menjejaki bumi Pakistan bersama rakan-rakan termasuk Victor dan terselit harapan yang dia akan bertemu arjuna hatinya di sana.

"...hidup adalah kesengsaraan yang harus kita tempuh, walau suka atau tak. Walaupun kadang-kadang kita menafikan dengan mengatakan bahawa kita bahagia... kita masih lagi tidak punya kebahagiaan yang sempurna."

Tinggalan jejak dan bayangan Edri dapat dirasai... tapi ke mana hilangnya si dia? Mengenali Salimullah dan Fatimah membuatkan Lara Mia semakin hampir kepada kekasih hati. Tetapi mengapa masih belum ditemui lelaki itu? Pertemuannya dengan Babar Yusofzai menambahkan lagi sengsara di hati. Satu-persatu pengorbanan perlu dilakukan demi si arjuna... dengan Ona perasaannya dikongsi bersama.

Kehadiran Zubeidah telah membongkar segala rahsia yang tersimpan...  Walaupun begitu, Pelabuhan Dover masih setia di situ... menjadi saksi dan menjawab semua persoalan si Cinderella Cinta....


Hhmmm... aku suka jalan ceritanya. Seronok juga baca hasil karya penulis lelaki ni, ada kelainan. Payah sebenarnya bagi mereka untuk menyelami dan menghayati perasaan wanita, melainkan mereka telah membuat 'research' dan 'homework' yang mencukupi sebelum ianya diungkap kepada perkataan-perkataan. Kalau boleh aku pun nak jadi macam Lara Mia tu... tabah dan cekal demi cinta (boleh ke aku ni?) Syabas JN! Sudah semestinya novel ini menjadi salah satu koleksiku. Tak sabar nak tunggu kelahiran Garis-Garis Deja Vu pula tapi sebelum tu kena cari masa pula nak baca Tunjukkan Aku Satu Bintang (tahun lepas novel tu dibeli tapi belum lagi sampai 'queue' untuk membaca novel tersebut... hehehe...)

Posted at 8:22 am by MamaErra
Make a comment  




Thursday, May 31, 2007
TAKDIR CINTA - Dina Najat

Walaupun tanpa rela, Suraya bertunang dengan Razak kerana ingin membalas budi yang ditabur oleh Pak Longnya ke atas keluarga dia selama ini. Walaupun sudah menjadi tunangan orang, Suraya masih mahu menyambung pengajiannya di universiti. Di situlah dia bertemu dengan Zafran, walaupun Suraya telah mula menyukai lelaki itu tetapi kerana sedar akan status diri, perasaan itu dipendamnya di dalam hati.

Razak, takut tunangnya beralih arah maka dia telah merencanakan 'sesuatu' agar dia dapat segera mengahwini Suraya tetapi rancangannya itu gagal dan akhirnya pertunangan mereka terputus. Suraya mula menyulam kasih dengan Zafran tetapi telah menimbulkan rasa irihati pada Netti. Zafran terpedaya dengan fitnah yang telah Netti tabur ke atas Suraya dan memutuskan hubungan dengan gadis itu.

Kesihatan ibunya yang membuatkan Suraya perlu menagguhkan pengajiannya. Atas permintaan ibunya, Suraya bersetuju untuk menyambung ikatan pertunangannya dengan Razak. Setelah ibunya meninggal dunia, Suraya tinggal sendirian di kampung sementara menunggu semester baru bermula kerana adiknya telah pun pindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama keluarga angkatnya, Muzammil dan Tuan Syad.

Razak tetap tidak berputus asa dan dia tidak mahu Suraya jatuh ke tangan orang lain. Akibat peristiwa tangkap basah itu, Suraya bernikah dengan Razak dan menetap di Melaka. Melihat layanan Razak yang betul-betul mengasihinya, Suraya telah mula menyayangi lelaki itu. Namun jodoh mereka tidak panjang kerana Razak telah dibunuh oleh Ah Long.

Dugaan Suraya tidak habis di situ saja. Suraya berhasrat untuk menyambung semula pengajiannya. Sesampai di Kuala Lumpur dengan hasrat untuk menumpang seketika di rumah keluarga angkat adiknya, di sanalah dia bertemu semula dengan bapanya. Dalam masa yang sama dia bertemu semula dengan Zafran dan Zafranlah yang telah membantunya. Kerana iri hati kepada kembarnya itu, Zafrul cuba meracuni fikiran Suraya agar dia membenci Zafran dan menjauhi lelaki itu. Dapatkah Suraya menerima semula bapa yang telah meninggalkan dia sekeluarga hidup dalam kedaifan, sedangkan bapanya itu hidup senang lenang? Bagaimana pula kesudahan hubungannya dengan Zafran?

p/s walaupun ceritanya biasa saja tapi cara pengolahannya yang membuatkan ianya menarik dibaca...

Posted at 8:21 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, May 30, 2007
SEINDAH GUBAHAN KASIH - Mina Mahanie

"Walaupun bunga-bunga mawar segar ini akan mati, namun bunga kristal ini akan tetap mekar dan menjadi lambing cinta Abang pada Rin. Abang harap kita berdua akan dapat menjaganya dengan baik sebagaiman juga kristal ini, hubungan dan hati kita begitu fragile, begitu udah pecah jika kita hanya mengambil mudah dengan semua perkara."


Sinopsis di belakang novel:

Lima tahun menghilangkan diri, akhirnya Syirah kembali. Namun, kepulangannya kali ini hanya seketika. Kemalangan ngeri yang telah meragut nyawanya itu telah mendorong Syirin, adik kembarnya, untuk mencari Erman, abang iparnya yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Dia terpaksa mencari Erman untuk melunaskan hutang yang tertunggak.

Erman pula tidak pernah mencintai isteri yang dikahwininya itu. Dia hanya mengahwini Syirah atas agenda tersembunyi yang hanya diketahui oleh mereka berdua.

Apabila Syirin berjaya bertemu dengan Erman, Erman berazam untuk memenangi semula hati 'isteri'nya itu supaya agendanya mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

Dapatkan Syirin melayari hari-hari yang mendatang sebagai bayangan kembarnya dalam mengubah jambangan kasihnya dengan Erman di Vila Impian? Sanggupkan Syirin menghadapi risiko tersingkapnya identiti dia sebenar setelah hutang dilunaskan?

Dapatkan Seindah Gubahan Kasih untuk mengetahui sama ada perasaan sebenar antara Erman dan Syirin boleh dicampuradukkan dengan rancangan mereka tersendiri.

p/s Jalan cerita yang menarik juga. Boleh dijadikan koleksi.

Posted at 7:40 am by MamaErra
Make a comment  




Tuesday, May 29, 2007
DALAM DAKAPAN KASIHMU - Syamimi Aminolah

Andainya cinta itu segala-galanya, benarkah ia membawa bahagia?


Hidupnya adik-beradik bagaikan kais pagi, makan pagi… Setelah kematian ibu, Surindah sanggup mengenepikan perasaan dan berkorban segalanya demi kebahagiaan adik-adik. Namun dia masih mengharap kepulangan ayah tersayang. Tercapaikah impian Surindah? 

Surindah tidak terkecuali dari umpatan dan hasad dengki dari masyarakat sekeliling terutamanya emak saudara dan sepupu sendiri. Akibat fitnah, Surindah terpaksa menikahi Johan walaupun dia telah mengikat janji bersama Ikmal dan berpindah ke bandar bersama adik-adiknya.

Johan terlalu menyayangi Surindah dan perkahwinannya terpaksa dirahsiakan kerana sedari awal lagi ibunya telah merancang untuk menjodohkan dia dengan Ayuni. Siapakah Ayuni? Berjayakan Johan mempertahankan kasih sayangnya pada Surindah?

Posted at 7:15 am by MamaErra
Make a comment  




Monday, May 28, 2007
HATI YANG TERLUKA - Rafizah Nordin

 

Satu lagi kisah yang biasa berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini. Walaupun biasa dengar, namun kesabaran dan kecekalan individu yang terlibat dalam kancah masyarakat ini kadangkala membuatkan aku sedar bahawa tidak mudah sebenarnya untuk menangani masalah-masalah yang kita lihat remeh pada mata kasar kita itu. Dari novel ini, aku begitu kagum dengan kecekalan dan kesabaran Adibah dalam melayari hidup sebagai saudara baru, disisih oleh abang kandung sendiri dan dalam masa yang sama melayani karenah Izman yang telah berbalik kepada perangai lamanya walaupun telah berjanji untuk berubah sebelum mengahwini Adibah. Pada zahirnya, hati Adibah telah terluka dengan segala tindak tanduk Izman terhadapnya, demi anak dan rumahtangga Adibah sanggup mengenepikan perasaan itu dan membina semula kebahagiaan bersama suami tersayang.  

 

Posted at 8:04 am by MamaErra
Make a comment  




Friday, May 25, 2007
SEBENING LANGIT SENJA - Samsiah Mohd Nor

"Terlalu asyik memuja langit sampai lansung tidak teringat akan rumput yang dipijak."

 

Secara diam-diam, Atiqah menyimpan perasaannya terhadap Badli. Namun begitu, kemesraan yang Badli tunjukkan kepada Atiqah adalah kerana dia menjadi perantara kepada hubungan guru muda itu dengan kakaknya, Dayana. Namun begitu, Dayana tidak mengambil kisah akan perasaan Badli terhadapnya. Dayana pergi meninggalkan Badli demi mengejar cita-citanya. Kekecewaan telah menyedarkan Badli bahawa masih ada lagi segumpal hati yang begitu suci dan istimewa berada di depan mata. Mengapa mesti dia lepaskan Atiqah begitu saja? Butakah dia selama ini?

 

p/s seronok sebenarnya membaca semula novel-novel lama ni... inilah antara novel terawal yang telah aku baca dan tersusun di rak buku aku....

Posted at 7:29 am by MamaErra
Make a comment  




Thursday, May 24, 2007
HANYA KAU SEGALANYA - Jessy Mojuru

Sinopsis:
Mereka dipisahkan oleh permainan takdir. Diuji dengan pelbagai lilitan derita.. cengkaman dan rakusnya insan-nsan bernama manusia. Lalu tertunaikah impiannya untuk mengecapi nikmat kebahagiaan setelah dirinya dikatakan sial? Mampukah diratah kesialannya itu? Dan bermaknakah kejelitaan andai diri dikagumi namun sukar dimiliki?

 


Keindahan menjadi santapan mata-mata durjana...

 

Sundu dilahirkan kembar. Saat kelahirannya, dia disangkakan mati. Lalu bapa Sundu menghanyutkannya di sungai hinggalah dia ditemui dan dibela oleh pasangan yang tidak punya anak sehinggalah dewasa. Sesiapa saja akan tertarik dan menggilai Sundu apabila bersua muka dengannya. Kecantikkannnya juga telah menyebabkan dia disisih dari masyarakat ekoran dari pelbagai peristiwa tragis yang berlaku ke atas sesiapa yang punya niat tidak baik terhadapnya, seolah-olah dia dipelihara oleh satu 'kuasa'. Berjayakah Sundu berjumpa semula dengan keluarganya? Siapakah yang melepaskan dia dari 'kuasa' yang menjaganya itu? 

 

Posted at 7:19 am by MamaErra
Make a comment  




Wednesday, May 23, 2007
ANGGERIK KOTA - Samsiah Mohd Nor

Hanya pak tani saja yang tahu betapa peritnya matahari dan hanya nelayan saja yang tahu betapa kecutnya hati menghadapi laut yang bergelora…”

 


Daiyan Trisya, anak Datuk Ikmal yang pulang sebaik saja menamatkan pengajian di luar negara memilih untuk menjadi seorang pendidik. Sepanjang di maktab perguruan, dia mengenali Baharom. Rupa-rupanya, pensyarah muda itu telah jatuh hati kepada Trisya. Trisya serba salah kerana dia tahu betapa dalamnya cinta Arisal terhadapnya. Walaupun begitu, dia belum bersedia untuk berkahwin dengan lelaki itu kerana tanpa disedarinya, dia sering benar terkenangkan pensyarah muda itu. Siapakah yang akan dipilih Trisya?

 

p/s entah mengapa sekarang ni aku suka pula nak membaca semula karya yang lama-lama

Posted at 10:42 am by MamaErra
Make a comment  




Friday, May 18, 2007
HATI SEORANG WANITA - Norisah A.Bakar

Dia dihukum di atas 'kesalahan' yang dia sendiri tidak tahu apakah benar dia yang melakukannya dan kerana 'kesalahannya' itu dia menyimpan dendam kepada ayahnya sendiri. Sebaik saja neneknya pergi menyahut panggilan Ilahi, Nur Asyidah terpaksa pulang semula ke pangkuan ayahnya di Kuala Lumpur dan tinggal bersama ibu dan adik beradik tirinya.

 

Ikmal Razif yang telah bertunang dengan Norliza, telah jatuh hati kepada Nur Asyidah dan sanggup untuk memutuskan pertunangan demi kasihnya kepada gadis itu. Nur Asyidah rasa tersepit di antara keluarga dan kekasih hati. Berjayakah mereka bersatu? Apa pula yang terjadi kepada Norliza?

 

Datuk Ariffin pula, ingin menebus kesalahannya terhadap Nur Asyidah dengan menikahi semula bekas isterinya itu tanpa pengetahuan Datin Rohani. Bagaimanakah penerimaan Nur Asyidah dan Datin Rohani apabila mengetahui tindakan lelaki itu?


Aku suka dengan penyampaian jalan cerita novel ini. Walaupun perkara begini biasa terjadi dalam masyarakat kini tetapi kadang kala, kita tidak tahu bagaimana kesudahan ceritanya. Mungkin apa yang dinyatakan oleh penulis adalah cerita benar hasil dari pengalaman sendiri atau pun 'research' yang telah dilakukannya. Sedikit sebanyak melalui novel ini aku pelajari bagaimana untuk menangani masalah-masalah yang diketengahkan oleh penulis dalam novelnya ini. Syabas NAB! Jangan lupakan aku di sini semasa kelahiran novelmu yang seterusnya ok?

Posted at 4:36 pm by MamaErra
Comment (1)  




Friday, May 11, 2007
KHAILEE - Abd Talib Hassan

Baginya Khailee teraniaya. Seorang insan yang suatu ketika dahulu memiliki harapan dan cita-cita murni, hilang dan musnah dalam percaturan manusia.

Khailee dan Khadijah pernah sama-sama menyemai cinta. Walaupun begitu cinta mereka terputus sebaik saja Khadijah dinikahkan dengan Rizal dan pada hari bahagia Khadijah, Khailee menghilangkan diri. Setelah lebih 20 tahun berlalu, Khailee kembali semula ke kampung halamannya dengan hasrat untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Kehadiran Khailee telah menimbulkan kegusaran di hati Khadijah. Dia merasakan kepulangan Khailee itu adalah untuk menagih janji-janji kasih mereka yang lalu.

Sementara itu Faridah, adik Khadijah cuba mencari cerita masa lampau Khailee dari orang-orang yang pernah mengenali sepupunya itu dan tanpa menyedarinya, Faridah telah jatuh hati kepada pemuda malang itu.

Dalam meniti hari-hari terakhirnya, Khailee diberitahu oleh Pak Anda bahawa dia hanya anak angkat. Keadaan Khailee semakin nazak, sempatkah dia tahu siapa ibunya yang sebenar dan berjumpa dengan ibunya itu?

Posted at 7:41 am by MamaErra
Make a comment  




Previous Page Next Page



MamaErra
September 22nd


Tujuan aku mengadakan blog ini adalah untuk kepuasan diri aku sendiri di dalam mengabadikan minatku kepada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan dan secara tidak lansung ianya juga boleh aku kongsi bersama sesiapa di luar sana yang punya minat sealiran denganku. Apa yang aku tulis di sini hanya pendapat peribadiku semata-mata dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.




Dira Djulaiha's  book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Tinggalkanlah Jejakmu Di Sini....



   





<< October 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


AKU BACA...
Dari Jiwa Rasa
Dina Zaman
Nisah Haron
Ulas Buku
Norra Hassan
Ayu Emelda
Saleha Ahmad
Antu Buku
Novel Cinta Melayu
Novel Melayu
Koleksi Buku Ainil
Bicara Buku
Kaki Buku
Wira Bukit

MASIH SEGAR DIINGATANKU:

A. SAMAD SAID
[Adik Datang] [Hujan Pagi] [Salina] [Sungai Mengalir Lesu] [Di Simpang Jalan] [Di Hadapan Pulau] [Wira Bukit] [Al-Amin] [Langit Petang] [Cinta Fansuri] [Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri] [Daerah Zeni] [Lantai T Pinkie] [Benih Harapan] [Benih Semalu] [Daun Semalu Pucuk Paku] [Warkah Eropah]

ABDUL RAHIM AWANG
[Pulang] [Konspirasi] [Jejak-Jejak Songsang] [Realiti] [Komp. Generasi Yang Hilang] [Mama] [Boneka] [Saka]

ABDUL TALIB HASSAN
[Diari Hati] [Khailee] [Cinta Semalam] [Airani] [Primadona] [Warisan]

AHADIAT AKASHAH
[Budak Setan 1, 2 & 3] [Lagenda Budak Setan] [Hikayat Cinderella] [Katerina] [Nyanyian Ombak Di Hati]

AIDA ADRIANI
[Lafazkan Cintamu]

AIDIL KHALID
[Bila Nysrah Kata Tak Mahu]

AINA EMIR
[Sesuci Cinta] [Seharum Kasih] [Kau Laksana Bulan] [Bunga-Bunga Kemboja]

AINON ZAINI
[Kembara Rindu di Sakura]

AISYA SOFEA
[Selagi Ada Dia] [Gelora Jiwa] [Jauh] [Jendela Hati] [Kau Untukku] [Sehangat Asmara] [Buatmu Kekasih]

ALEYA ANEESA
[Semusim Rindu] [Kasih Antara Kita] [Janjiku Bersamamu]

AMARUSZATI NOOR RAHIM
[Bila Sena Kembali Berbunga 1 & 2]

AMIR HUSAINI
[Ombak Senja]

ANIS AYUNI
[Gemersik Kalbu] [Manisnya Cinta] [Suara Hati] [Kau Kekasihku] [Seribu Kali Sayang]

ANTASYA BALKIS
[Bila Hati Berbicara]

ANWAR RAZALI
[Asmara Seribu Cinta]

ATHIRAH NATASHA
[Gerimis Kasih]

BAHRUDDIN BEKRI
[Detektif Bertudung Hitam] [Doa Untuk Aku] [Dunia Aku Sederhana Kecil]

BIKASH NUR IDRIS
[Sambutlah Cintaku]

DAMYA HANNA
[Bicara Hati] [Sepi Tanpa Cinta]

DINA NAJAT
[Seteguh Kasih Aina Najihah] [Cinta Lukisan Jiwa] [Takdir Cinta]

DR AZIZAH JOHAR
[Kasih Tak Bermusim] [Luka-Luka Semalam] [Ragam Sejeping Hati]

DR HM TUAH
[Original] [Inikah Cinta]

EBRIZA AMINNUDIN
[Dambaan Pilu] [Apa Kata Hati] [Aku Cinta Kamu]

EITA ASHYTA
[Kasih Seharum Lavender]

ELIAS HJ. IDRIS
[Bunga Bukan Semusim] [Kehilangan] [Pilihan Kedua] [Anak Perempuan Kabaret]

FATINILAM SARI AHMAD
[Kaulah Satu][Perempuan Tanpa Dosa] [Kesturi] [Cenderawasih] [Megalomania 1 & 2] [Jangan Tinggal Daku] [Antara Dua Hati] [Saat Hilang Cintamu]

FAUZIAH ASHARI
[Duri] [Ombak Rindu] [Segalanya Cinta...] [Pergilah Sepi] [Setia Menanti] [Rindu Cintaku]

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
[Ayat-Ayat Cinta]

HALINA KAMARUDIN
[Sentuhan Kasih]

HANI SOFEA
[Gerhana Hati Lara]

HASREEYATI RAMLI
[Demi Cinta Ini]

HLOVATE
[Tunas] [Aa+Bb] [5 Tahun 5 Bulan] [Schubert's Serenade (Gurindam Jiwa)]

IMAEN
[Vendetta (Gurindam Jiwa)] [Labyrinth] [Bohemian]

IZZA ARIPIN
[...Dan Mimpi Pun Bersatu] [Kerana Dia Cinta]

IZZUL IZZATI
[Bukan Cinta Biasa] [Ku Seru Kasihmu]

JAMILAH AHMAD
[Kau Tetap Di Hatiku]

JESSY MOJURU
[Tenda Biru] [Hanya Kau Segalanya]

JOHN NORAFIZAN
[Garis-Garis DeJavu] [Cinderella Cinta] [Tunjukkan Aku Satu Bintang] [Sempadan Tanpa Seri]

KAMSIAH ABU
[Terpenjara Di Kamar Sutera] [Menggamit Syurga Firdaus]

KHADIJAH HASHIM
[Laila Azwa Gadisku] [Cinta Kedua] [Senator Adila] [Mira Edora] [Badai Semalam] [Jalan ke Kubur] [Pelangi Pagi] [Merpati Putih Terbang Lagi] [Belum Masanya] [Di Tengah Kubu]

KHAIRYN OTHMAN
[Zahrah de Tigris]

LAMIA AIMAL
[Tiga Wajah]

LIANA AFIERA MALIK
[Bukan Puteri Lindungan Bulan] [Dan Mimpi Pun Berguguran] [Dia Di Hatiku] [Janji Assila]

LILY HASLINA NASIR
[Aku Ada Kamu] [Epilog Cinta] [Moga Kau Mengerti]

LIZA ZAHIRA
[Cinta Rahsia]

MANJLARA
[Persis Sebutir Pasir]

MAIZURA MOHD EDERIS
[Kiranya Kau Berbohong]

MA LEE CHUSWAN
[Selamat Tinggal Sayang]

MANAF HAMZAH
[Dedaun Hijau di Angin Lalu]

MIMIE AFINIE
[Bisikan Rindu] [Masih Ada Rindu]

MIOR SHARIMAN HASSAN
[Cincin Permata Biru]

MINA MAHANIE
[Seindah Gubahan Kasih]

NAJWA AIMAN @ AIMY NAJWA
[Untuk Kau Dan Aku] [Bahang Selatan]

NASS ALINA NOAH
[Selamat Pengantin Baru Isteriku]

NAZAWATI ABD MANAF
[Kembalikan Kasihku]

NAZURAH AISHAH
[Lili Buat Najah]

NIA AZALEA
[Hati Yang Terusik] [Kau Yang Satu] [Seredup Kasihmu]

NEKMAH MIRDI
[Seadanya Sayang]

NORA ISMAIL
[Serasi Di Hati]

NORHAYATI BERAHIM
[Setiap Jumaat] [Chinta] [Kembalikan Cintaku] [Harum Chempaka] [Sakitnya Sayang] [...Tidak Aku Bersuara...] [Murni Kasih] [Kasih Yang Tercalar] [Biarkan Aku Menangis] [Tiada Batasan Sayang] [Andai Semalam Ku Miliki] [Dia Lebih Mengerti] [Cinta Jangan Kau Pergi] [Egois] [Emosi] [Hati Seorang Wanita] [Inferior] [Noktah] [Sayang Tak Terucap] [Seindah Derita] [Air Mata Kasih] [Dendam Yang Terlerai] [Cinta Pertama] [Hanya Kerana Cinta] [Hati Yang Luka] [Jalinan Memori] [Nota Cinta Buat Mu] [Pesanan Terakhir Seorang Lelaki] [Rindu] [Bunga Kasih] [Setulus Cinta] [Sentuhan Kasih] [Terima Kasih Kekasih] [Untukmu Segalanya]

NORHAZRIANA ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

NORISAH A.BAKAR
[Rinduku di Angin Lalu] [Hati Seorang Wanita]

NOOR SURAYA
[Panggil Aku Dahlia] [Kebun Mimpi...] [Hati Andriyana (Gurindam Jiwa)] [Surat Ungu Untuk Nuha] [Nyanyian Tanjung Sepi] [Rindunya Kian Membara] [Biru Ungu Cinta] [Tanah Andriyana] [Keranamu Ain]

NOR RAFISHAH MD. HASSAN
[Aku Yang Ditinggalkan]

NORZAILINA NORDIN
[Arjuna Hati] [Arca Kasih] [Gemersik Rindu] [Sewangi Kasih-Konflik Terakhir]

NURUL SYAHIDA
[Plain Jane]

OSHUN MUHAMMAD @ E.M MUHAMMAD
[Ninja Kunaharo: Misteri Wira Malam] [Ninja Kunaharo: Misteri Kelubung Putih] [Ninja Kunaharo: Misteri Bomoh Ajaib] [Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga]

PINGU TOHA
[L.U.V.E]

PITTERIAH ABDULLAH
[Hadirnya Cinta]

PUTERI ANDALAS
[Tanpamu Di Sisi]

RABIATUL ADAWIYAH
[Air Mata Cinta]

RAFIZAH NORDIN
[Cupid Love] [Hari Yang Terluka]

RAMLAH RASHID
[Kabus Senja]

RAMLEE AWANG MURSHID
[Tombiruo] [Semangat Hutan] [Tombiruo Terakhir] [Rahsia Perindu] [Hatiku di Harajuku] [Bagaikan Puteri] [Cinta Sang Ratu] [Ungu Karmila] [Hijab Sang Pencinta] [Personal Justice (ADAM)] [Mikhail]

ROHANI DIN
[Diari Bonda 1, 2, 3 & 4]

ROZITA ABD WAHAB
[Setelah Kau Pergi] [Permata Asmara] [Kasih Bersemi]

RUBY HAZRI
[Percayalah...] [Kopi Susu Sepatu Biru]

RUHANA MD ZAKI
[Alunan Rindu]

RYNSA
[Kebun Mimpi - Albatros: Antara Langin & Bumi] [Relevankah Aku Di Hatimu?]

SABARIAH ARAUR
[Lelaki Terakhir] [Jalur-Jalur Jingga] [Buat Yang Terakhir...] [Inang Sari]

SAMSIAH MOHD NOR
[Bulan Berbisik] [Sejernih Lazuardi] [Anom Suraya] [Cinta Jati Klasik] [Tangisan Bulan Madu 1, 2, 3 & 4] [Anggerik Kota] [Sebening Langit Senja]

SALINA IBRAHIM
[Kombinasi Bunga Cinta] [Syurga di Hati] [Mahligai]

SARNIA YAHYA
[Secantik Anugerah]

SHAHNON AHMAD
[Ranjau Sepanjang Jalan]

SHANIKA LATISHA
[Kasihku Abadi]

SHARIFAH ABU SALEM
[Gerimis Di Hati] [Tak Seindah Mimpi] [Tak Semanis Mimpi] [Tiada Lagi Mimpi] [Pesona Rindu] [Biar Rindu Berlalu]

SITI HASNEZA ABDUL HAMID
[Cemburu Seorang Perempuan] [Angin Dingin Dari Utara] [Setulus Setia Seindah Nama] [Sonata Kasihku]

SITI ROHAYAH ATAN
[Trilogi Wajah Wanita] [Menggapai Pelangi]

SITI ROSMIZAH
[Andai Itu Takdirnya]

SITI ROZILAH @ ZETTY ZAHIRA
[Intan Delila] [Antara Dua Persimpangan] [Arca Di Cermin] [Biarkan Aku Sendiri] [Titipkan Aku Bahagia] [...Hulurkanlah Kasihmu] [Setulus Hati Ika] [Rindu Yusuf Cinta Zulaika]

SITI ZABEHA IBRAHIM
[Yang Teristimewa]

SRI DIAH
[KL Di Mana Suamiku] [Jangan Ada Dusta] [Janji Kasih]

SYAMIMI AMINOLAH
[Air Mata Kasih] [Dalam Dakapan Kasihmu] [Andai Ku Miliki Semalam] [Ada Rindu Di Wajahmu...]

SYUD
[Kebun Mimpi - Tas Merah Jambu] [Tentang... Dhiya]

ZAHARAH MUHAMMAD
[Hatiku Milikmu]

ZURAIDAH OTHMAN
[Komp. Ada Cinta di Matanya]

ZAID AKHTAR
[Salju Sakinah]

ZARA ALUWI
[Belahan Jiwa]

ZULIANA ABUAS
[Viva Sakura]






Click here to e-mail me on any query! Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed